KAPTEN Burnley, Josh Brownhill, dikhabarkan mempunyai pertalian darah keturunan England-Malaysia melalui neneknya dan bersifat terbuka untuk mewakili pasukan kebangsaan.

Pemain berusia 28 tahun itu beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris musim lalu dan menjadi tonggak utama buat Burnley dengan telah membuat 33 penampilan serta menjaringkan empat gol serta dua bantuan jaringan.


Sepanjang kariernya di Eropah, dia telah beraksi sebanyak 423 penampilan dengan 43 jaringan serta 34 bantuan jaringan secara keseluruhan.



Sebelum ini, pemain muda PSV Eindhoven Iggy Houben menjadi antara pemain yang berminat untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan susulan neneknya dilahirkan di Titiwangsa, Kuala Lumpur mengikut frturetalents di laman Instagramnya.


-- Stadium Astro