KUALA LUMPUR :Pindaan Akta Pengangkutan Jalan yang memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap pesalah yang memandu dalam keadaan mabuk, berbahaya dan di bawah pengaruh dadah akan dikuatkuasa mulai Jumaat ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pindaan itu melibatkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan yang membabitkan kadar denda, tempoh penjara dan penggantungan lesen memandu.
"Diharapkan Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 ini dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai terhadap pematuhan undang-undang, menjadi pengguna jalan raya yang berhemah dan memastikan jalan raya di negara ini kekal selamat," katanya dalam kenyataan yang dikongsi dalam Facebook beliau di sini, pada Rabu.
Ka Siong memaklumkan, Kementerian Pengangkutan menerima instrumen penetapan tarikh permulaan kuat kuasa Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 daripada Jabatan Peguam Negara, pada Selasa.
"Hari ini, giliran saya untuk menandatangani dokumen itu sebagai Menteri Pengangkutan Malaysia," katanya.
Majlis itu tersebut jelasnya, disaksikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausaha, Datuk Isham Ishak.
Ka Siong berkata, Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 itu digubal dengan mengambil kira pandangan orang ramai menerusi soal selidik yang dijalankan oleh bahagian Logistik dan Pengangkutan Darat (BLPD).
"Berdasarkan soal selidik, 94 peratus daripada daripada 345,000 responden mahu pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah dikenakan hukuman yang lebih berat," jelasnya.
Umavathi Ramayah
Wed Oct 21 2020
Dr Wee Ka Siong berharap pindaan akta itu akan memberikan kesedaran kepada orang ramai terhadap pematuhan undang-undang. - Gambar fail/BERNAMA
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Pemandu mabuk langgar murid Tahun Lima depan sekolah direman
Seorang lelaki direman berikutan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan di hadapan sekolah di Port Dickson.
Pengguna jalan raya kejar, tahan pemandu mabuk lari selepas langgar 2 pelajar
Seorang pemandu mabuk ditahan orang ramai ketika cuba melarikan diri selepas melanggar dua pelajar sekolah di persimpangan lampu isyarat Cheng Height, di sini petang semalam.
Penyelia restoran didakwa mabuk, langgar anggota polis
Seorang penyelia restoran dihadapkan ke Mahkamah atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis trafik.
Langgar anggota polis trafik: Lelaki direman empat hari
Tempoh reman dibenarkan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid terhadap lelaki tersebut bermula hari ini hingga Khamis depan.
Kemalangan di bulatan Ladang bukan disebabkan pemandu mabuk - Polis
Beliau berkata nahas itu menyebabkan beberapa kerosakan pada kesemua kenderaan terlibat dan pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Suami isteri cedera dilanggar pemandu mabuk
Sepasang suami isteri tercedera selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar pemandu mabuk dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Raja Ashman Shah pada Ahad.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
'Masyitah mungkin terlepas kejohanan dunia di Filipina, tumpu proses pemulihan'
Atlet kayak negara Siri Nurul Masyitah Md Elias, mungkin terlepas menyertai Kejohanan Dunia Perahu Naga ICF 2024 di Filipina pada 30 Okt hingga 3 Nov depan selepas cedera parah dalam kemalangan.
KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk - Adam Adli
KBS akan memberi bantuan kepada atlet kayak, Siti Nurul Masyitah Elias yang parah akibat dilanggar oleh seorang pemandu mabuk di Johor Bahru pada Sabtu.
Polis tahan pemandu mabuk langgar atlet kayak hingga parah
Polis sudah menahan pemandu lelaki mabuk yang menyebabkan atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias, 22, cedera parah dalam kemalangan di Johor.