PASIR MAS: Gelombang baharu banjir yang melanda negeri Kelantan semakin buruk apabila 2,214 orang mangsa membabitkan 661 keluarga dipindahkan setakat jam 12 tengah hari tadi.

Lima jajahan dilanda banjir bermula awal pagi tadi selepas hujan beserta angin yang membawa hujan sejak malam tadi menyaksikan beberapa kampung di Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Machang dan Kuala Krai dinaiki air.

Beberapa jalan antaranya jalan Kota Bharu - Pasir Puteh, di Bukit Abal, jalan Kampung Kelewek, Gual Ipoh di Tanah Merah dan beberapa lagi laluan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan sejak pagi tadi.

Tiga sungai utama, Sungai Golok di Jeli, Sungai Golok di Tanah Merah dan Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi bacaan paras bahaya manakala empat lagi sungai utama lain, antaranya Sungai Lebir di Tanah Merah, Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Golok di Tumpat melepasi bacaan paras amaran dengan trend menaik.

Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!

[TERKINI] Hujan lebat berterusan, banjir semakin buruk di Kelantan


Limpahan air sungai berikutan hujan turun kadang kala lebat kadang kala sederhana sejak malam tadi menyaksikan kawasan rendah turut dinaiki air.

Dijangkakan lebih ramai mangsa banjir akan dipindahkan sekiranya hujan turun berterusan sehingga petang dan peningkatan paras air sungai akan berlaku dengan cepat disebabkan angin Monsun Timur Laut yang bertiup.