Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Menteri Besar itu melalui laman media sosialnya.
Nasuruddin berkata, sewaktu sedang melaksanakan misi bantuan banjir, beliau menerima panggilan telefon daripada Ahmad Zahid, yang bertanya khabar situasi semasa banjir di Kelantan.
“Perbualan yang agak terhad kerana talian perkhidmatan yang kurang jelas di sekitar sempadan. Insya-Allah TPM sedia turun ke Kelantan nanti untuk misi bantuan.
“Terima kasih di atas kecaknaan semua pihak terhadap Kelantan,” katanya lagi.
Ketika ini Kelantan menjadi negeri paling terjejas akibat bencana banjir Monsun Timur Laut, dengan lebih 33,000 mangsa banjir direkodkan.
Setakat pukul 12 tengah hari, Pasir Mas merekodkan 12,461 mangsa, diikuti Kuala Krai (3,578), Tanah Merah (3,324), Tumpat (3,382) dan Kota Bharu (3,121).
Jabatan Metereologi Malaysia sebelum ini memaklumkan hujan lebat tahap bahaya di beberapa kawasan di Pantai Timur akan berlarutan sehingga Jumaat