Hasrat seorang warga emas untuk menziarahi anak dan cucu tidak kesampaian apabila dia maut dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Lunas, di sini, malam tadi.
Ketika kejadian, Abu Bakar Osman, 68 tahun, bersama isterinya Azizah Mahmud, 64 tahun, sedang dalam perjalanan ke rumah anaknya di Taman Makmur, dekat Lunas.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim Supt Azhar Hashim, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam melibatkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5.
Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dikatakan cuba membelok memasuki simpang sebelum tiba-tiba dirempuh sebuah kereta jenis Proton Perdana yang datang dari arah bertentangan.
Akibat rempuhan itu, Abu Bakar terpelanting ke tengah jalan manakala isterinya tercampak ke sebelah kiri bahu jalan.
Jelasnya, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kulim, bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10 malam sebaik tiba di hospital.
Azhar berkata, mangsa maut disebabkan hentakan kuat di kepala ketika kemalangan manakala isteri mangsa hanya mengalami kecederaan luka dan lebam di badan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Sep 06 2020
Akibat dirempuh kereta, mangsa terpelanting ke tengah jalan manakala isterinya tercampak ke sebelah kiri bahu jalan. - Foto PDRM
Israel makin kejam, sasar hapuskan kepimpinan Hamas
Tentera Israel menjadikan Panglima Tertinggi Briged Al Qassam, Mohammed Deif sebagai sasaran utama dengan melancarkan serangan udara di zon kemanusiaan di Gaza.
Kekejaman Zionis: Hamas tarik diri daripada rundingan gencatan senjata
Hamas sahkan menarik diri daripada rundingan gencatan senjata dengan Israel, pada Ahad.
Penduduk lega kawalan keselamatan yang lebih ketat di Milwaukee
Penduduk Milwaukee berasa selesa dengan langkah keselamatan yang diambil sekitar Konvensyen Nasional Republikan, selepas insiden calon Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ditembak semasa perhimpunan dalam kempen di Pennsylvania.
Cubaan bunuh: Trump tetap pergi ke konvension Republikan
Donald Trump sahkan akan menuju ke Milwaukee pada Ahad di mana Republikan akan secara rasmi mencalonkannya sebagai Presiden, akhir minggu ini.
Cubaan bunuh Trump: Suspek bertindak bersendirian - FBI
Lelaki bersenjata yang melakukan cubaan bunuh terhadap Donald Trump disyaki bertindak bersendirian dengan menggunakan senapang yang dibeli secara sah untuk menembak bekas Presiden Amerika Syarikat itu.
Cubaan bunuh Trump: Kempen Biden ubah strategi kepada perpaduan
Lelaki bersenjata yang melakukan cubaan bunuh terhadap Donald Trump disyaki bertindak bersendirian dengan menggunakan senapang yang dibeli secara sah untuk menembak bekas Presiden Amerika Syarikat itu.
Buli siber: Media sosial buat empati, jiwa manusia semakin hilang
Mangsa kebiasaannya tidak kenal pembuli, menimbulkan rasa terancam dan hilang kekuatan untuk melawan.
Lamine Yamal pecah rekod Pele
Yamal cemerlang bersama Sepanyol mengumpul satu gol dan tiga bantuan gol untuk membawa negaranya ke final menentang England pada awal pagi Isnin.
Manchester United sambar Zirkzee
Zirkzee bersetuju menandatangani kontrak lima tahun dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu termasuk pilihan lanjutan 12 bulan lagi.
Sepanyol juara Euro 2024, England terus kempunan
Kemenangan itu menjadi kejuaraan Eropah keempat buat La Roja manakala England terus kempunan tewas dalam dua perlawanan akhir berturut-turut.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.