Bantulah anak kecil kita dengan memberikan makanan yang sihat dan baik.
Sebagai panduan ibu dan ayah, tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
Jom ikuti perkongsian Hanis Athirah Rusli.
Pastikan tujuh makanan ini sentiasa ada di rumah dan diberi pada anak sebagai makanan harian.
Penting untuk otak anak, mudah fokus dan tajam ingatan.
1. Kurma
Mengandungi vitamin B6 yang penting untuk metabolisme otak, meningkatkan neurotransmiter yang berhubungan dengan konsentrasi dan fokus.
2. Kismis
Dalam kismis ada kandungan serat dan antioksidan yang juga membantu menjaga kesihatan otak dan memberikan kesan positif pada fokus tumpuan anak.
3. Air nabeez
Air nabeez ni merupakan air dibuat dengan rendaman kurma.
Air ini memiliki manfaat yang sama dengan kurma itu sendiri iaitu memiliki kandungan nutrisi yang baik untuk otak dan menjaga konsentrasi.
4. Madu
Madu membantu memberikan tenaga yang seimbang dan mencegah keletihan yang boleh mengganggu fokus.
5. Habbatussauda’
Dalam habatussauda ni terkandung asam lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan dan kesihatan otak.
6. Minyak zaitun
Minyak zaitun memberikan nutrisi yang cukup kepada otak, memperbaiki konsentrasi dan kemampuan mental anak.
7. Kekacang
Kekacang seperti almond mengandungi lemak omega-3 dan vitamin E yang berguna untuk meningkatkan konsentrasi dan daya ingatan anak terhadap yang mereka pelajari. - Keluarga