KUALA LUMPUR: Pengunjung yang hadir ke sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya pada 31 Ogos ini disaran supaya memanfaatkan pengangkutan awam bagi kelancaran perjalanan ke acara itu.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Datuk Mohamad Fauzi Md Isa turut menasihati orang ramai supaya menjaga keselamatan diri dan anak masing-masing ketika berada di lokasi sambutan yang menyasarkan kehadiran 100,000 pengunjung itu.
"Kita menyeru dalam kegembiraan menyambut Hari Kebangsaan kenalah berjaga-jaga dari segi keselamatannya dengan mengikut semua peraturan dan arahan lalu lintas daripada pihak berkuasa.
"Kita juga ada bas pengantara iaitu bas Nadi Putra yang memberi perkhidmatan di Putrajaya bermula seawal 4 pagi hingga 2 petang dan ada dua pick up point di Putrajaya Sentral dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap 10 minit (kekerapan pergerakan bas)," katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM di sini hari ini.
Selain itu, Mohamad Fauzi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 berkata pihak perkhidmatan Laluan Transit Aliran Massa (MRT) juga telah diminta untuk menyelaraskan waktu perkhidmatan bagi kemudahan orang ramai ketika berlangsungnya sambutan.
Mohamad Fauzi berkata selain itu, beberapa kemudahan turut disediakan meliputi tempat letak kenderaan, tempat makan, khemah perubatan serta tandas bagi kemudahan pengunjung.
Berhubung sambutan berkenaan, Mohamad Fauzi berkata lebih 16,000 peserta daripada 65 kontinjen pelbagai agensi akan menyertai perarakan sambutan Hari Kebangsan 2023.
"Beberapa persiapan telah dirancang antaranya acara utama seperti Pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang, Amanat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena dengan Hari Kebangsaan pada Rabu ini, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
"Selain itu, kita ada acara sampingan seperti konvoi jelajah Jalur Gemilang dengan membuat penyerahan bendera sehingga Hari Kebangsaan, keceriaan antara kementerian, Majlis memperingati tokoh negarawan Tun Dr Ismail (Abdul Rahman)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023
Orang ramai dinasihat supaya menjaga keselamatan diri dan anak masing-masing ketika berada di lokasi sambutan yang menyasarkan kehadiran 100,000 pengunjung itu. - Gambar/ Bernama
Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas pada 27 dan 28 Dis
Keluarga penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan pada 27 dan 28 Dis ini sempena Krismas bagi semua institusi penjara.
CEO bakal berundur, Bursa Malaysia akui mulakan pelan penggantian
Dalam maklumannya hari ini, bursa berkata "telah melaksanakan pelan pembangunan bakat dan penggantian yang mempertimbang calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat."
Bursa Malaysia bakal umum CEO baharu
Bursa Malaysia Bhd mengesahkan kini dalam proses untuk mencari Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu bagi menggantikan Datuk Muhamad Umar Swift.
RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.
Lelaki maut, tersepit dalam kereta
Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Balai Polis Bantuan Gohtong, Hulu Selangor.
Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah
-Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu- - Shila Amzah
Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.
Saya satu-satunya yang anda ada, yang lain setakat bercakap - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menjawab mengenai dirinya yang dikaitkan dengan sebuah 'page' bola sepak yang mendakwa seorang pemain berpangkalan di Eropah mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.
Laporan DNA Cikgu Istiqomah siap, diserah kepada pendakwaan
Laporan bedah siasat dan dna guru sekolah, Istiqomah Ahmad Rozi sudah disiapkan dan diserah kepada pihak pendakwaan.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
'Saya kehilangan adik lelaki saya hari ini' - Fauziah Ahmad Daud
Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita sedih mengenai pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud akibat masalah batu karang dalam hempedu.
Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.
Kerajaan zahir penghargaan persembahan 'human graphic', petugas sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arahkan Kementerian Komunikasi untuk mempertimbangkan buah tangan sebagai penghargaan kepada pasukan human graphic.
[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan
Artikel majalah Economist mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mendapat sokongan Barat sebelum ini.
Hari Kebangsaan Ke-67 disambut sederhana tapi meriah di New York
Semangat Malaysia yang mengiringi perwakilan di sana menjadi sambutan Hari Kebangsaan kali ini sangat bermakna.
Jadikan semangat Hari Kebangsaan ke-67 pendorong tingkat prestasi - PM Anwar
Suasana Sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu membuktikan bahawa rakyat Malaysia berupaya lakukan sesuatu dengan jauh lebih baik jika ada kesungguhan.
Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste
Warga Amerika Mr. T cipta lagu khas sempena Hari Kebangsaan
Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bukan sahaja dirasai rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong asing melalui pelbagai cara termasuk mencipta lagu khas bersempena dengan hari bersejarah.
Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.
Semangat patriotisme melangkaui sempadan: Kadet Malaysia di USAFA sambut merdeka
Para kadet itu yang menghayati semangat Merdeka berkongsi pandangan mereka mengenai kepentingan hari bersejarah ini.
Biden ucap Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 kepada seluruh rakyat Malaysia.