Kementerian Industri Utama berharap Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diumumkan disambung semula, akan mengutamakan penggunaan bahan mentah tempatan dalam pelbagai aspek pembangunannya.
Menterinya, Teresa Kok Suh Sim dalam satu kenyataan berkata, terdapat banyak bahan mentah termasuk hasil getah Malaysia yang boleh dimanfaatkan bagi pembinaan landasan serta penghasilan bering seismik.
"Pada masa sama, kayu-kayan Malaysia juga sesuai untuk dijadikan sebagai rangka asas landasan," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Jumaat bahawa projek ECRL itu akan disambung semula pada kos lebih rendah susulan permeteraian perjanjian tambahan (SA) antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) di Beijing.
Mengulas selanjutnya, Kok berkata menerusi perkembangan terbaru itu, kementeriannya berharap China akan turut membuat lebih banyak komitmen bagi membeli komoditi Malaysia, terutamanya minyak sawit dan getah.
Ini berikutan kedudukan China yang sentiasa menjadi rakan dagang penting untuk Malaysia serta berperanan sebagai pasaran eksport ketiga terbesar bagi komoditi minyak sawit negara ini.
"Kita juga mengharapkan rundingan dua hala kedua-dua negara dapat terus diperkukuh menerusi pemeteraian perjanjian tambahan membabitkan ECRL itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 12 2019

Kok berkata, kementeriannya berharap China akan turut membuat lebih banyak komitmen bagi membeli komoditi Malaysia, terutamanya minyak sawit dan getah.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.

Tiga restoran popular jamin bahan mentah digunakan terima sijil halal
Pengurusan Dolly Dim Sum memaklumkan, dapur berpusat yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap menerima sijil halal Jakim.

Daftar sijil halal, manfaatkan potensi besar industri halal di Sabah - Ewon
Sabah memiliki potensi yang besar dalam industri halal berdasarkan sumber bahan mentah dan barangan separa siap yang banyak.

Kelantan akan percepat proses teroka NR-REE, peroleh keuntungan untuk negeri
Kerajaan negeri mendapat permintaan daripada beberapa syarikat dari China yang berminat menjalankan pemprosesan NR-REE.

Aidiladha: Pasar Besar Siti Khadijah sesak, ramai beli keperluan saat akhir, trafik lancar
Orang ramai mula memasuki perkarangan pasar seawal 7 pagi untuk membeli bahan mentah.

Penamatan subsidi ayam: Tiada kenaikan harga di tiga negeri pada hari pertama
Menerusi tinjauan pada Rabu, KPKM juga mendapati bekalan bahan mentah itu juga stabil dan mencukupi untuk keperluan pengguna.

Terpaksa naik harga makanan jika barang keperluan terus melonjak
Buat masa ini harga makanan masih dikekalkan meskipun barang keperluan menunjukkan peningkatan ketara antara 41 hingga 60 peratus.

Perdagangan borong, runcit Malaysia tumbuh 6.3 peratus pada April 2023
Perdagangan Borong dan Runcit Malaysia mencatat nilai jualan berjumlah RM136.0 bilion, meningkat sebanyak 6.3 peratus tahun ke tahun pada April 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Peniaga runcit dan pasar raya perlu beralih ke alat timbang digital dalam tempoh setahun - Salahuddin
Salahuddin menjelaskan, sudah tiba masanya industri perniagaan runcit dan pasar raya menggunakan alat timbang digital.

McDonald's tidak bercadang naikkan harga dalam masa terdekat
Bagaimanapun, syarikat itu akan terus mengkaji semula struktur kosnya berdasarkan situasi ekonomi semasa dan permintaan terhadap makanan segera.