KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mempercepatkan proses penerokaan Unsur Nadir Bumi-Bukan Radioaktif (NR-REE) bagi membolehkan bahan mentah itu diproses di negeri ini sekali gus menjana pendapatan daripadanya.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata ini berikutan kerajaan negeri mendapat permintaan daripada beberapa syarikat dari China yang berminat menjalankan pemprosesan NR-REE.
"Kerajaan negeri mahukan agar NR-REE ini diproses di Kelantan bagi mendapat keuntungan lebih besar berbanding proses di China dan kami akan berbincang perkara ini dengan syarikat dari negara itu.
"Seperti sedia maklum Kelantan telah mendapat kebenaran daripada kerajaan Persekutuan untuk penerokaan NR-REE, namun kita perlu ada garis panduan dan prosedur operasi standard bagi aktiviti itu," katanya pada Majlis Simposium Mineral Strategik-Unsur Nadir Bumi 2024 di sini pada Isnin.
Beliau berkata proses mendapatkan kelulusan hasil Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) juga memakan masa dua hingga tiga tahun dan dalam tempoh itu kerajaan negeri akan cuba melakukan perbincangan dengan mana-mana pihak yang berminat.
Mengulas lanjut, Mohamed Fadzli berkata Kelantan merupakan negeri kedua terbanyak mempunyai NR-REE yang dianggarkan bernilai RM125 bilion daripada lebih RM700 bilion yang ada di negara ini sekali gus berpotensi mengembangkan industri berasaskan mineral tersebut.
"Walaupun kerajaan Persekutuan masih belum membenarkan pengeksportan NR-REE kecuali projek rintis di Mukim Kenering, kita berharap isu ini akan dapat diselesaikan.
"Kita akan cuba mencari jalan yang terbaik kerana kita (Kelantan) tidak boleh mendahului kerajaan Persekutuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2024

Mohamed Fadzli berkata ini berikutan kerajaan negeri mendapat permintaan daripada beberapa syarikat dari China yang berminat menjalankan pemprosesan NR-REE. - Foto fail/BERNAMA
Malaysia sokong penuh keanggotaan Timor-Leste
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 menyokong sepenuhnya penyertaan TimorLeste dalam blok berkenaan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Pejabat PM adakan taklimat harian, salur maklumat sahih kepada rakyat
Taklimat ini akan disiarkan menerusi Facebook Anwar Ibrahim dan PMO Malaysia pada jam 11 pagi dan 5 petang setiap hari.

Siklon Garance ragut 3 nyawa
Tiga terkorban, 182,000 penduduk terputus bekalan elektrik, 171,000 tidak mempunyai air bersih dan 134,000 mengalami gangguan internet.
[TERKINI] PMO adakan taklimat dua kali sehari setiap hari
Bernula hari ini, satu taklimat harian yang dikendalikan Pejabat Perdana Menteri akan disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia setiap hari jam 11 pagi dan 5 petang.

Ejen pelancongan parah dilibas sabit gara-gara berebut pelanggan
mangsa berusia 36 tahun mengalami kecederaan di bahagian tangan dan telinga kiri serta dihantar ke HQE untuk mendapatkan rawatan.

ATM tahan warga asing bersama tiga bungkus air ketum di sempadan Malaysia-Thailand
Suspek yang ditahan tidak membawa pengenalan diri namun mengakui warganegara Malaysia.
PM Anwar perkenal Taklimat Harian PMO untuk salur maklumat tepat kepada rakyat
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju memperkenalkan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri.
Tujuan utaman taklimat ini adalah untuk memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat dan sahih secara terus melalui sumber rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri.
Melalui taklimat ini PMO akan menjelaskan isu semasa, dasar-dasar penting serta perkembangan terkini yang perlu diketahui oleh rakyat.
Tujuan utaman taklimat ini adalah untuk memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat dan sahih secara terus melalui sumber rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri.
Melalui taklimat ini PMO akan menjelaskan isu semasa, dasar-dasar penting serta perkembangan terkini yang perlu diketahui oleh rakyat.

GERAMM, NUJM tuntut layanan adil untuk wartawan ditahan
Ia termasuk akses kepada khidmat guaman, selaras dengan prinsip keadilan dan proses undang-undang yang sewajarnya.
Menteri letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain Anneliese Dodds meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan
Hanya Indonesia berpuasa hari ini
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada Sabtu (1 Mac) manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada Ahad (2 Mac).

Projek Rintis Tabika Berkeperluan Khas di Melaka dijangka mula operasi Julai
Tabika Berkeperluan Khas memberi ruang kepada kanak-kanak autisme belajar dalam persekitaran yang lebih selesa dan sesuai.

Ketua Audit Negara gesa syarikat kerajaan guna pakai sistem e-SelfAudit sepenuhnya
Syarikat-syarikat milik kerajaan digesa mengguna pakai sistem e-SelfAudit sepenuhnya sebagai pembaharuan dalam kaedah pengauditan bagi memantapkan tata kelola syarikat kerajaan.

WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja
Cuepacs menyokong langkah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji penjadualan waktu kerja dan pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly
Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.

KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid
Usaha ini memberi manfaat kepada murid dengan penglihatan yang baik, isu keciciran pembelajaran dapat ditangani sebaik mungkin.

Pemberian kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan murid - KKM
KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.

KDN terima maklum balas berkaitan penggunaan kamera badan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima maklum balas baik berhubung projek rintis penggunaan kamera badan terhadap sebilangan pegawai dan anggota dalam pasukan keselamatan itu.

Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.

MyDIGITAL Corp, Bursa Malaysia meterai MoC pacu inovasi menerusi transformasi digital
MyDIGITAL Corp dan Bursa Malaysia Bhd memeterai MMoC bertujuan memperkasakan PLC di Malaysia untuk mencapai matlamat ESG masing-masing melalui penggunaan teknologi digital.