Ia termasuk akses kepada khidmat guaman, selaras dengan prinsip keadilan dan proses undang-undang yang sewajarnya.
GERAMM dalam kenyataan pada Sabtu berkata pihaknya sedang memantau perkembangan kes ini dengan teliti dan kekal komited dalam memperjuangkan kebebasan serta hak para pengamal media.
"Pada masa ini, kami tidak akan mengulas secara terperinci mengenai kes tersebut dan akan menunggu proses siasatan dijalankan sepenuhnya," menurut kenyataan tersebut.
Sementara itu, NUJM mengesahkan bahawa wartawan terbabit, yang juga ahli kesatuan itu, telah direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini selepas ditahan sekitar jam 11.30 malam tadi mengikut Seksyen 16, Akta SPRM.
"Sehubungan itu, NUJM berharap agar sebarang siasatan yang dijalankan oleh SPRM dilakukan secara adil kepada semua pihak dan tidak bertujuan untuk menekan atau menyekat kebebasan media di negara ini," katanya.
Katanya, kes ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan organisasi media, dengan ramai pihak menuntut ketelusan dan jaminan bahawa kebebasan akhbar tidak akan dikompromi dalam proses siasatan yang sedang dijalankan.
