KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai dan dua anggota penguat kuasa yang disyaki meminta serta menerima rasuah sebagai balasan untuk menggugurkan satu kes penipuan.
Sumber SPRM berkata suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan dalam operasi kira-kira 6 petang pada Rabu hingga 12 tengah malam tadi di sekitar Selangor serta Kuala Lumpur.
"Siasatan awal mendapati pengadu telah berjumpa dengan pegawai penguat kuasa berkenaan bagi melepaskan isterinya yang ditahan pada 8 Julai lepas kerana disyaki terbabit dalam satu kes penipuan.
"Bagaimanapun, pegawai terbabit telah meminta pengadu berurusan dengan seorang anggota penguat kuasa yang bertindak sebagai orang tengah dan diminta memberikan wang rasuah kira-kira RM20,000 melalui anggota tersebut," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata susulan itu, pengadu telah menyerahkan wang RM20,000 itu melalui dua transaksi kepada seorang anggota penguat kuasa yang dipercayai akan dikongsi dengan pegawai dan seorang lagi anggota penguat kuasa.
Menurut sumber, Majistret Learani Augustine membenarkan pegawai penguat kuasa berusia 30-an itu ditahan reman selama tiga hari hingga 14 Julai ini manakala anggota penguat kuasa wanita berumur 20-an direman hingga esok selepas SPRM mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini .
Beliau berkata Majistret Irza Zulaikha Rahanuddin pula mengeluarkan perintah reman selama lima hari hingga 15 Julai ini terhadap seorang anggota penguat kuasa lelaki berusia 30-an.
Pengarah SPRM Kuala Lumpur Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai dan dua anggota penguat kuasa yang disyaki meminta serta menerima rasuah sebagai balasan untuk menggugurkan satu kes penipuan. - Foto ihsan SPRM
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Isu FashionValet: Proses rakam percakapan Vivy, suami masih berjalan - SPRM
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi pada Selasa.
Sivakumar nafi terlibat dengan penemuan RM94 juta
Bekas Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar menafikan beliau terlibat dengan penemuan RM94 juta seperti didakwa seorang ahli Parlimen pembangkang.
Kemuka senarai asnaf tidak layak, pengerusi masjid direman 6 hari
Seorang pengerusi masjid ditahan reman SPRM kerana dipercayai memberikan maklumat asnaf berstatus miskin kepada sebuah badan kebajikan.
Isu FashionValet: Vivy, Fadza dirakam percakapan SPRM hari ini
SPRM akan merakam percakapan suami isteri pengasas platform e-dagang fesyen, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, bagi membantu siasatan membabitkan kerugian pelaburan dana.
Kerugian pelaburan Khazanah, PNB: SPRM serbu empat premis perniagaan
SPRM menyerbu pejabat sebuah perniagaan fesyen dalam talian tempatan dan tiga premis lain hari ini bagi membantu siasatan kerugian pelaburan oleh Khazanah dan PNB.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
SPRM ambil beberapa dokumen dari MoF, Khazanah, FashionValet - Azam
Beberapa dokumen kewangan telah diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kementerian Kewangan, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan FashionValet Sdn Bhd.
SPRM siasat dakwaan penipuan hak milik tanah di Kuala Kedah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penipuan hak milik tanah di Kuala Kedah, seperti yang tular di TikTok baru-baru ini.
PM arah Khazanah laksana audit dalaman kerugian pelaburan RM43.9 juta
Arahan ini selaras pengumuman agar Jabatan Audit Negara mengaudit 2,000 GLC bagi meningkatkan tadbir urus dan memastikan syarikat memenuhi tanggungjawab.
Tiada halangan, tidak masuk campur siasatan libatkan NAFAS, Khazanah - PM Anwar
Perdana Menteri bertegas tidak akan menghalang dan masuk campur dalam siasatan terhadap NAFAS dan Khazanah oleh SPRM.