Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng diminta mengambil usaha proaktif dalam mengurangkan kadar kematian jalan raya dan bukannya mempolitikkan pemasangan kamera Automated Enforcement System (AES) di negeri itu.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata langkah kerajaan memasang kamera AES adalah untuk mendidik pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan berwaspada ketika memandu.
"Dia tidak patut membangkitkan dengan mempolitikkannya. Sepatutnya dia prihatin bagaimana untuk membantu mengurangkan kemalangan jalan raya, tak kiralah pandangan politik yang berlainan," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran akaun rasmi Aplikasi WeChat My Perak di Hutan Melintang,
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Lim yang menegaskan tidak membenarkan pemasangan kamera AES di Pulau Pinang.
Dalam pada itu, Liow menegaskan pihaknya hanya akan memasang kamera AES berdasarkan permintaan pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Jika PBT dan agensi terlibat tidak membuat permohohan, maka kita tidak akan memasang kamera AES," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Liow berkata Kementerian Pengangkutan bersedia untuk membina laluan pejalan kaki di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh bagi memudahkan penumpang pesawat menuju ke kapal terbang.
Jelasnya, beliau akan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah yang dihadapi pengguna lapangan terbang berkenaan terutama ketika hujan.
"Saya sudah melakukan lawatan di LTSAS dan melihat dua penyelesaian iaitu pertama menggunakan perkhidmatan bas untuk mengangkut penumpang dari balai berlepas ke pesawat.
"Namun, terdapat masalah jika menggunakan bas kerana ruang di lapangan berkenaan terlalu sempit," katanya.
Bagaimanapun, Liow berkata pihak kementerian melihat kaedah kedua, membina laluan pejalan kaki dari balai berlepas menuju ke pesawat.
"Kementerian bersedia membina laluan pejalan kaki dan saya rasa pihak Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) juga tidak mempunyai masalah dalam perkara ini.
"Apa pun kami akan terus melakukan perbincangan dengan kerajaan negeri dan mereka boleh mengemukakan permohonan kepada kementerian," katanya. -- Bernama
Bernama
Fri Jan 20 2017
Liow berkata, Kementerian Pengangkutan hanya akan memasang kamera AES berdasarkan permintaan pihak berkuasa tempatan. - Gambar fail
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
Pemilik kenderaan boleh pertikai saman ekor
Nik Ahmad Kamal berkata penerima notis atau pemilik kenderaan yang tidak melakukan kesalahan boleh mempertikaikan saman di mahkamah.
Kerajaan berhasrat tambah kamera AWAS
Kajian yang dijalankan oleh MIROS mendapati, tahap pematuhan pengguna jalan raya kepada peraturan had laju dan isyarat lalu lintas di lokasi pemasangan kamera itu, mencecah 99 peratus.
PAC kesal laporan jawatankuasa berkaitan AES tidak dinyahklasifikasi sepenuhnya
Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata pihaknya telah mengesyorkan agar laporan yang diletakkan sebagai 'Rahsia Besar' itu dinyahfklasifikasi pada 23 Nov tahun lepas.
Penyumberluaran projek AES kepada swasta tidak wajar - PAC
Wong Kah Woh berkata projek itu sepatutnya dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sendiri dan bukan ATES serta Beta Tegap.
ASEAN, EAS perlu rumus hala tuju baharu bagi hadapi pandemik akan datang - PM
ASEAN dan negara peserta Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) seharusnya merangka hala tuju masa depan baharu sebagai persiapan menghadapi pandemik akan datang, kata Perdana Menteri.
PAC akan mula prosiding tiga isu baharu
PAC Parlimen berpendapat terdapat merit dalam ketiga-tiga isu untuk dibawa dalam prosiding Jawatankuasa ini.
UNSC perlu jujur tangani konflik Israel-Palestin - Muhyiddin
Perkara itu disuarakan perdana menteri pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-15 hari ini.
Lebih 100 kanak-kanak di India mati akibat 'radang otak' selepas makan buah laici
Lebih 100 kanak-kanak di Bihar, India mati akibat daripada radang otak yang dipercayai berpunca daripada toksin yang terdapat pada buah laici.
Deklarasi Bangkok banteras bahan buangan laut dalam ASEAN
- Dalam usaha untuk membanteras bahan buangan marin di rantau ini, negara-negara anggota ASEAN hari ini bersetuju mengemukakan Deklarasi Bangkok untuk pertimbangan dan kelulusan pemimpin-pemimpin ASEA
Kementerian Pertahanan lapor SPRM berhubung projek AES
Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berkenaan pelaksanaan projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh kerajaan terdahulu.