Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berkenaan pelaksanaan projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh kerajaan terdahulu.
Laporan itu dibuat oleh Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Pertahanan, Rafizal Ali di ibu pejabat SPRM di sini berdasarkan hasil siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikanTan Sri Ambrin Buang berhubung pelaksanaan projek berkenaan.
Rafizal yang ditemui wakil media di ibu pejabat SPRM selepas membuat laporan itu, berkata siasatan JKSTUPKK yang dibentangkan kepada kementerian pada 28 Jan lalu mendapati pelaksanaan projek AES lebih menguntungkan syarikat konsesi dan meletakkan kerajaan dalam risiko kerugian.
Projek AES dimiliki oleh syarikat konsesi Beta Tegap Sdn. Bhd. dan ATES Sdn. Bhd.
"JKSTUPKK juga mendapati wujud campur tangan anggota pentadbiran kerajaan termasuk bekas perdana menteri dan beberapa menteri kabinet terdahulu yang lebih menjurus kepada kepentingan politik.
"Siasatan juga mendapati wujud keraguan terhadap cadangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengambil alih projek AES hanya dibuat dalam perbincangan tanpa diminitkan di antara bekas perdana menteri dengan beberapa menteri pada September 2014," katanya.
Katanya JKSTUPKK berpendapat pemilihan LTAT untuk mengambil alih AES adalah lebih kepada cubaan menutup tuduhan bahawa kerajaan cuba melaksanakan 'bail out' kerana wujud keraguan berhubung keperluan LTAT membayar RM555 juta bagi mengambil alih AES sedangkan kos asal hanya RM40 juta.
"Malah nilai maksimum yang ditaksirkan oleh syarikat audit KPMG hanya sebanyak RM251 juta untuk projek tersebut," katanya.
Rafizal berkata pengambilalihan pada harga melebihi pasaran itu sekali gus mendedahkan wang pencarum anggota tentera kepada risiko kerugian dan pihak kementerian meminta siasatan lanjut dilakukan SPRM bagi mengenal pasti faktor di sebalik arahan atau cadangan pengambialihan tersebut.
Dalam pada itu, katanya kementerian masih mempunyai 14 kes 'land swap' hasil siasatan JKSTUPKK yang belum diserahkan kepada SPRM selain siasatan kes pembelian kenderaan yang masih belum diserahkan kepada pihak kementerian.
"Kita akan melaporkan kepada SPRM sama ada satu demi satu atau sekali gus untuk kes-kes tersebut namun buat masa ini pihak kami masih dalam proses membaca semula dan meneliti laporan berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2019

JKSTUPKK berpendapat pemilihan LTAT untuk mengambil alih AES adalah lebih kepada cubaan menutup tuduhan bahawa kerajaan cuba melaksanakan 'bail out'. - Gambar hiasan

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

Pemilik kenderaan boleh pertikai saman ekor
Nik Ahmad Kamal berkata penerima notis atau pemilik kenderaan yang tidak melakukan kesalahan boleh mempertikaikan saman di mahkamah.

Kerajaan berhasrat tambah kamera AWAS
Kajian yang dijalankan oleh MIROS mendapati, tahap pematuhan pengguna jalan raya kepada peraturan had laju dan isyarat lalu lintas di lokasi pemasangan kamera itu, mencecah 99 peratus.

PAC kesal laporan jawatankuasa berkaitan AES tidak dinyahklasifikasi sepenuhnya
Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata pihaknya telah mengesyorkan agar laporan yang diletakkan sebagai 'Rahsia Besar' itu dinyahfklasifikasi pada 23 Nov tahun lepas.

Penyumberluaran projek AES kepada swasta tidak wajar - PAC
Wong Kah Woh berkata projek itu sepatutnya dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sendiri dan bukan ATES serta Beta Tegap.

ASEAN, EAS perlu rumus hala tuju baharu bagi hadapi pandemik akan datang - PM
ASEAN dan negara peserta Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) seharusnya merangka hala tuju masa depan baharu sebagai persiapan menghadapi pandemik akan datang, kata Perdana Menteri.

PAC akan mula prosiding tiga isu baharu
PAC Parlimen berpendapat terdapat merit dalam ketiga-tiga isu untuk dibawa dalam prosiding Jawatankuasa ini.

UNSC perlu jujur tangani konflik Israel-Palestin - Muhyiddin
Perkara itu disuarakan perdana menteri pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-15 hari ini.

Lebih 100 kanak-kanak di India mati akibat 'radang otak' selepas makan buah laici
Lebih 100 kanak-kanak di Bihar, India mati akibat daripada radang otak yang dipercayai berpunca daripada toksin yang terdapat pada buah laici.

Deklarasi Bangkok banteras bahan buangan laut dalam ASEAN
- Dalam usaha untuk membanteras bahan buangan marin di rantau ini, negara-negara anggota ASEAN hari ini bersetuju mengemukakan Deklarasi Bangkok untuk pertimbangan dan kelulusan pemimpin-pemimpin ASEA

Kementerian Pertahanan lapor SPRM berhubung projek AES
Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berkenaan pelaksanaan projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh kerajaan terdahulu.