KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati penyumberluaran projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada syarikat-syarikat swasta bagi penguatkuasaan trafik adalah tidak wajar.
Pengerusinya, Wong Kah Woh berkata projek itu sepatutnya dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sendiri dan bukan ATES Sdn Bhd serta Beta Tegap Sdn Bhd.
Malah katanya, saranan Ketua Setiausaha Negara selaku pengerusi Jawatankuasa Projek AES supaya projek itu dilaksanakan sendiri oleh kerajaan juga telah tidak diambil kira.
"Malah, arahan kerajaan pada tahun 2014 untuk Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengambil alih ATES dan Beta Tegap merupakan satu tindakan 'bailout' secara tidak langsung oleh kerajaan.
"Kos pengambilalihan oleh LTAT sejumlah RM555 juta adalah 'overvalue' dan keterlaluan (exorbitant).
"Nilai tersebut tidak mengikuti hasil 'due diligence' yang dilaksanakan oleh (syarikat audit) KPMG yang mana nilai maksimum adalah sebanyak RM251 juta sahaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, itu antara rumusan dibuat PAC hasil daripada prosiding mengenai projek AES di bawah Kementerian Pengangkutan yang dibuat mulai 16 November tahun lalu.
Mengulas lanjut, jelasnya terma-terma kontrak khasnya berkaitan fi perkhidmatan yang harus dibayar kepada syarikat konsesi tidak memihak malah merugikan kerajaan.
Beliau turut memaklumkan jumlah bayaran pampasan kerajaan pada tahun 2019 kepada LTAT adalah RM668.9 juta.
Justeru, PAC mengesyorkan kepada kerajaan supaya mendedahkan kepada umum dengan menyahklasifikasikan Laporan Siasatan JKSTUPKK Bil. 2/2018 berkenaan AES.
"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendaklah meneliti semula dan membuat siasatan terhadap isu-isu yang berbangkit dalam Laporan Siasatan JKSTUPKK dan juga Laporan PAC ini khasnya sama ada terdapat mana-mana individu yang terlibat dalam penerimaan dalam proses pengambilalihan AES oleh LTAT," katanya.
Selain itu, kerajaan hendaklah memastikan semua terma-terma dalam mana-mana perjanjian konsesi tidak merugikan kerajaan.
PAC turut mengesyorkan kerajaan sentiasa memantau dan memastikan keberkesanan AES dan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dalam usaha menjaga keselamatan jalan raya dan pematuhan undang-undang yang berkuat kuasa.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Nov 23 2021

Kah Woh berkata projek AES sepatutnya dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sendiri dan bukan syarikat swasta iaitu ATES serta Beta Tegap. - Foto BERNAMA

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Prosiding tertutup isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta bermula 24 Feb - PAC
Laporan akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini.

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

Prosiding isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta ambil masa panjang- PAC
Prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam dijangka mengambil masa panjang.

PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta
PAC akan mengadakan sesi pendengaran awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans kesihatan/Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam.

MAHB: PAC perlu guna saluran betul untuk dapatkan penjelasan - Loke
PAC perlu menggunakan saluran yang betul apabila ingin mendapatkan sebarang penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan termasuk mengenai penjualan saham MAHB.

PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.

MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.

Tindakan henti penstrukturan semula pelaburan bantutkan transformasi LTAT - PAC
Keputusan MINDEF menghentikan pelan penstrukturan semula portfolio pelaburan LTAT yang dilaksanakan pengurusan terdahulu membantutkan proses transformasi menyeluruh LTAT.

PAC akan panggil Johari Abdul Ghani dan LHDN - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan memanggil Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan LHDN dalam prosiding bermula November.

Mahkamah diberitahu PAC tidak salahkan Arul Kanda berhubung salah urus 1MDB
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu PAC tidak menyalahkan bekas presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy bagi salah urus syarikat dana kekayaan kedaulatan itu pada 2016.