KUALA LUMPUR: ASEAN dan negara peserta Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) seharusnya merangka hala tuju masa depan baharu sebagai persiapan menghadapi pandemik akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketika berucap pada EAS ke-16, beliau berkata kerangka keselamatan kesihatan global yang baharu perlu dibina, suatu yang berasaskan komitmen bersama, tanggungjawab secara kolektif, telus dan kebertanggungjawaban.
"Berdasarkan keadaan yang sedang kita alami, kita perlu melihat semula aturan antarabangsa," katanya.
Sidang EAS dihadiri 10 negara anggota ASEAN dan disertai Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Russia dan Amerika Syarikat serta Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) serta Pertubuhkan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ia diadakan secara dalam talian sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang bermula pada Selasa, dipengerusikan Brunei.
Ismail Sabri berkata, pandemik COVID-19 membantutkan semua usaha ke arah mengangkat taraf hidup manusia, membasmi kemiskinan serta akses terhadap pendidikan berkualiti.
Vaksin COVID-19 yang selamat dan berkesan dibangunkan dengan pantas, namun malangnya, pengedaran vaksin itu didapati tidak adil dan saksama.
"Perseteruan nasionalisme dan geopolitik menentukan tindak balas kerajaan dan pertubuhan antarabangsa ketika wabak melanda serta pengedaran vaksin kepada pihak tertentu saja," katanya.
Perdana Menteri berkata, wujud bukti bahawa pandemik mengukuhkan lagi kes multilateralisme dan dalam aspek ini, Malaysia menyokong penuh Deklarasi Pemimpin ASEAN mengenai Mendukung Multilateralisme yang diilhamkan Brunei serta diluluskan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38.
Apa yang lebih penting katanya, pemulihan secara holistik daripada COVID-19 memerlukan usaha kolektif dan sepadu semua negara serta kerjasama dalam pelbagai bidang kesihatan dan aspek sosioekonomi.
"Malah, ia memerlukan negara yang mempunyai kelebihan supaya dapat membantu negara yang kekurangan," katanya.
Ismail Sabri turut mengulangi komitmen padu Malaysia untuk meratifikasi Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) menjelang akhir tahun ini kerana ia dapat membantu mempercepat pemulihan serantau dan berdaya tahan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 27 2021

Ismail Sabri berkata kerangka keselamatan kesihatan global yang baharu perlu dibina, suatu yang berasaskan komitmen bersama, tanggungjawab secara kolektif, telus dan kebertanggungjawaban. - Gambar/ Bernama

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.

Pemilihan UMNO: Wan Rosdy gariskan sebab kenapa tawar diri bertanding Naib Presiden
Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mededahkan sebab dia memilih untuk menyerahkan borang untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.

PAU2022: Boleh rujuk RoS teliti semula kelulusan usul Presiden, Timbalan tak dipertanding - Ismail Sabri
Mana-mana ahli atau pemimpin UMNO boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi meneliti semula keputusan meluluskan usul tambahan agar dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan

Lapor SPRM jika ada maklumat, bukti sogokan undi pos di Bera - SPR
Individu yang mempunyai maklumat atau bukti berlakunya perbuatan sogokan atau rasuah ketika proses pengundian pos di Parlimen Bera, Pahang supaya melaporkannya kepada SPRM.

PRU15: Anwar perlu minta maaf tuduh tentera dibayar RM300 undi awal - Ismail Sabri
Tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan anggota tentera yang mengundi di Parlimen Bera dibayar RM300 bertujuan merendahkan imej anggota pasukan keselamatan itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

NGO antarabangsa, media Indonesia puji pendirian Ismail Sabri ke atas Myanmar
NGO dan media Indonesia memuji keberanian Ismail Sabri yang lantang bersuara mengenai nasib rakyat Myanmar dan kekejaman dialami mereka di negara yang diperintah junta.

Lokman Adam fail tuntutan balas terhadap Ismail Sabri
Selepas disaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial, Datuk Lokman Noor Adam pula memfailkan tuntutan balas terhadap perdana menteri itu.

PRU15: Ismail Sabri beri bayangan manifesto BN ada 'tawaran besar' buat pengundi muda
Manifesto Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangkakan memberi 'tawaran besar' buat golongan muda di negara ini.

PRU15: Fokus keutamaan bekerja untuk rakyat - Ismail Sabri
Budaya berdebat tidak memberikan hasil, sebaliknya kerajaan lebih menumpukan tugas menjaga kepentingan rakyat.

PRU15: DUN di bawah BN bubar serentak dengan pembubaran Parlimen
Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).