JAKARTA: Pertubuhan Hak Asasi Manusia Antarabangsa dan media Indonesia memuji keberanian perdana menteri Malaysia yang lantang bersuara mengenai nasib rakyat Myanmar dan kekejaman dialami mereka di negara yang di perintah tentera.
Badan bukan kerajaan (NGO) Human Rights Watch yang berpangkalan di New York memperakui pendirian berprinsip dan membina Datuk Seri Ismail Sabri supaya Malaysia dan ASEAN bertindak balas secara berkesan terhadap kekejaman junta tentera.
Dalam ucapan di hadapan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September, Ismail Sabri menyatakan bahawa "Malaysia kecewa kerana tiada kemajuan bermakna dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara ASEAN (5PC)", yang dipersetujui semasa sidang kemuncak kumpulan itu di Jakarta pada 2021.
Menurut NGO itu, perdana menteri telah menyatakan kebimbangannya bahawa dalam bentuk semasanya, ASEAN "5PC tidak boleh diteruskan lagi", dan perjanjian baharu "yang diperhalusi" perlu dicapai "berdasarkan rangka kerja yang lebih jelas, tempoh masa serta matlamat akhir".
NGO itu dalam satu kenyataan berkata ia mendapati junta telah menyalahgunakan kuasanya secara menyeluruh dan sistematik sejak rampasan kuasa pada Februari 2021, - termasuk pembunuhan, penyeksaan, dan memenjarakan orang yang tidak bersalah yang menyamai jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang.
Pendirian Ismail Sabri dalam isu Myanmar turut menarik perhatian akhbar berpengaruh Indonesia bulan lepas. The Jakarta Post menekankan bahawa perdana menteri menetapkan duluan diplomatik yang penting untuk ASEAN.
Editor kanannya Kornelius Purba dalam ulasannya berkata, "Ismail Sabri, secara terbuka mengkritik Majlis Keselamatan PBB kerana melakukan terlalu sedikit untuk membantu rakyat Myanmar melarikan diri daripada tindakan keganasan terhadap rakyat oleh pemimpin junta Jen Min Aung Hlaing".
"Kita wajar berterima kasih kepada Perdana Menteri Ismail Sabri yang bercakap bagi pihak ASEAN, dan kerana membangkitkan isu dan idea yang besar atas nama pemimpin rantau ini," katanya.
Dalam satu pendapat berasingan baru-baru ini, Kornelius berkata perdana menteri telah melakar pencapaian yang besar, terutama dalam dasar luar negara.
"Sokongannya yang tidak berbelah bahagi untuk kempen ASEAN menentang pemimpin junta Myanmar sangat penting dalam menyatukan kumpulan serantau itu untuk berhadapan campur tangan kuasa besar," katanya.
Pemimpin dari ASEAN dijadual bertemu pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 di Phnom Penh, Kemboja, bermula Jumaat. Myanmar akan menjadi tumpuan utama pada Sidang Kemuncak itu ketika para pemimpin membincangkan tindakan seterusnya untuk menangani krisis yang semakin meruncing di negara pimpinan junta itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 10 2022
Dalam ucapan di hadapan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September, Ismail Sabri menyatakan bahawa "Malaysia kecewa kerana tiada kemajuan bermakna dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara ASEAN (5PC)". - Fail/AP
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
NGO antarabangsa, media Indonesia puji pendirian Ismail Sabri ke atas Myanmar
NGO dan media Indonesia memuji keberanian Ismail Sabri yang lantang bersuara mengenai nasib rakyat Myanmar dan kekejaman dialami mereka di negara yang diperintah junta.