KOTA KINABALU:Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor telah melakukan semak dan imbang yang begitu teliti sehingga membawa kepada senarai lengkap pentadbiran yang diterajuinya.
Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah PBS, Datuk Jahid Jahim berkata Hajiji telah mengusahakan yang terbaik dalam memberikan kesamarataan kerusi Kabinet kepada parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Saya percaya Ketua Menteri telah melihat dari semua aspek dan tentunya beliau telah menyemak dan mengkaji bersesuaian dengan hala tuju yang beliau rancangkan.
"Dalam konteks pengagihan kerusi kelihatan beliau telah mengusahakan sebaik mungkin isu tersebut," katanya yang ditemui di luar Istana Negeri di sini selepas menghadiri Majlis Angkat Sumpah Kabinet Negeri Sabah pada Khamis .
Pada majlis itu, lima menteri penuh dilantik di hadapan Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin.
Ahli Dewan Undangan Tanjong Keramat, Ir Shahelmey Yahya yang ditemui selepas itu berkata, kepercayaan pucuk pimpinan parti dan Ketua Menteri itu akan digalas beliau sebaik mungkin.
"Alhamdulillah saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pucuk pimpinan parti dan juga Ketua Menteri kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjawat jawatan menteri penuh, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.
"Esok pagi saya akan mendengar taklimat dari kementerian dan seterusnya kita tengok bagaimana kita ingin menghadapi masalah rakyat dalam menghadapi penularan wabak COVID 19 ini," katanya.
Sementara itu menurut Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Aripin Mohd Arif, portfolio jawatannya akan banyak mengkhususkan kepada Hal Ehwal Agama Negeri Sabah.
"Saya akan mendapatkan dari Ketua Menteri tentang tugas-tugas saya antaranya tentang agama dan saya akan berbincang dengan beliau.
"Sebelum ini beliau ada mengarahkan saya untuk melaksanakan program dan aktiviti dan perancangan bagi memartabatkan dakwah dan pendidikan Islam.
"Selain itu saya turut ditugaskan bagi melihat tentang agama lain dan itu akan saya bincangkan bersama Ketua Menteri dari masa ke masa," katanya lagi.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Thu Oct 08 2020

Pada majlis itu, lima menteri penuh dilantik di hadapan Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin. - Foto Astro AWANI

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.

Tidak perlu tunggu PRN Sabah untuk jalin kerjasama dengan GRS - Armizan
Mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu menunggu Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).

PBS, STAR tetap komited beri sokongan kepada GRS - Joniston
Dakwaan kononnya dua parti komponen GRS itu ingin bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) pada PRN Sabah akan datang adalah tidak berasas.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kerajaan GRS-PH Plus adil kepada semua tanpa mengira fahaman politik - Hajiji
Hajiji berkata walaupun pelbagai kritikan dan fitnah dilemparkan terhadap dirinya serta kerajaan pimpinannya, namun soal keadilan tetap menjadi pegangan beliau.

PRN Sabah: 'Kita yang buat keputusan, bukan mereka' - Abdul Hadi
Keputusan sama ada Pas akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan ditentukan sendiri parti itu bukan pihak lain.

PAU 2024: Isu kerjasama politik GRS dan UMNO tidak akan dibincangkan - Asyraf Wajdi
Isu melibatkan kerjasama politik di antara Gerakan Rakyat Sabah (GRS) dengan UMNO menuju ke PRN Sabah tidak akan dibincangkan dalam PAU 2024.

GRS nafi PBS, STAR bertanding solo PRN Sabah akan datang
GRS menafikan dakwaan dua parti gabungannya, PBS dan STAR merancang bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

GRS selesa kerjasama dengan PH Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah terutama dalam usaha memajukan negeri ini dan menyatupadukan rakyat.

Usah politikkan isu kemiskinan tegar di Sabah - Azizah
Semua pihak terutamanya pembangkang di Sabah diminta agar tidak mempolitikkan isu kemiskinan tegar sebaliknya bersama-sama kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha menoktahkan isu dihadapi rakyat.