KOTA KINABALU: Semua pihak terutamanya pembangkang di Sabah diminta agar tidak mempolitikkan isu kemiskinan tegar sebaliknya bersama-sama kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha menoktahkan isu dihadapi rakyat pada masa ini.
Ketua Wanita Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata beliau kesal dengan tindakan pembangkang yang terus-menerus menyerang inisiatif dilaksanakan kerajaan negeri dan sengaja tidak mempedulikan penerangan diberikan mengenai usaha itu.
Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata kerajaan negeri di bawah Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada masa ini antara lain sedang melaksanakan pemutihan data Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar.
"Itu (isu kemiskinan tegar) dijadikan bahan untuk mengelirukan rakyat. Tapi hakikatnya mereka (pembangkang) tidak tahu apa-apa. Kerajaan negeri yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Noor tidak bising, sebaliknya hanya bekerja dan isu kemiskinan antara diberi tumpuan utama.
"Usaha kerajaan negeri GRS dan Pakatan Harapan Plus ini tidak akan berhenti sehinggalah kita mampu menoktahkan miskin tegar di Sabah," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Azizah berkata berdasarkan data pemutihan yang sedang dilakukan Pejabat Pembangunan Negeri Sabah jumlah KIR miskin tegar di Sabah adalah 13,179 setakat bulan lepas, berbanding 22,510 KIR tahun lepas dan pemutihan itu masih berjalan di seluruh negeri.
Beliau berkata usaha juga diambil Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) termasuk menyediakan 1,500 buah rumah setiap tahun bagi membantu rakyat kurang berkemampuan, memberi bantuan modal perniagaan dan menyediakan peluang pekerjaan kepada anak tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024

Azizah berkata beliau kesal dengan tindakan pembangkang yang terus-menerus menyerang inisiatif dilaksanakan kerajaan negeri dan sengaja tidak mempedulikan penerangan diberikan mengenai usaha itu. - Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Putrajaya, 3 negeri catat sifar miskin tegar tahun lepas
Usaha Kerajaan MADANI untuk menoktahkan kemiskinan tegar menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan, dengan tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan berjaya mencatatkan sifar miskin tegar.

Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah tertinggi RM13 bilion mula diagih esok - MOF
Kadar bantuan ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar bakal menerima sejumlah RM2,100 bagi 2025 berbanding RM1,200 pada 2024.

Miskin tegar: 14,041 KIR dikeluarkan daripada kategori itu - Nik Nazmi
Seramai 14,041 Ketua Isi Rumah (KIR) telah dikeluarkan daripada kategori miskin tegar menerusi dua fasa tahun lepas.

RMK13 laksana intervensi terus hapuskan miskin tegar di 10 daerah - Rafizi
Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan melaksanakan langkah intervensi terus miskin tegar di 10 daerah yang mencatat kadar kemiskinan tertinggi di negara ini dengan lapan daripadanya a

Kerajaan belanja RM1.02 bilion baik pulih, bina rumah baharu dalam tempoh dua tahun - Nga
Kerajaan telah membaik pulih dan membina baharu 34,470 unit rumah dalam tempoh dua tahun dengan jumlah peruntukan RM1.02 bilion.

Salur maklumat rakyat miskin, miskin tegar kepada kerajaan Sabah - Hajiji
Satu sesi libat urus Sekretariat SMJ bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti bukan kerajaan akan dilaksanakan pada 28 Nov ini.

Belanjawan Sabah 2025: Bantuan RM300 sebulan untuk golongan miskin dan miskin tegar
Kerajaan Sabah memberi bantuan RM300 sebulan untuk tempoh setahun kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini menerusi Belanjawan Sabah 2025.

Pendekatan noktah kemiskinan tegar tanpa diskriminasi - PM Anwar
Walaupun majoriti penduduk miskin merupakan masyarakat Melayu dan Bumiputera, namun semua kaum, termasuk Cina dan India yang terkesan, akan mendapat bantuan.

Johor peruntuk RM54.7 juta bina, baik pulih rumah miskin tegar
Kerajaan Johor memperuntukkan RM54.7 juta bagi membina dan membaik pulih rumah untuk golongan miskin tegar dan kurang berkemampuan.

Miskin tegar di Sabah menurun kepada 5,379 keluarga setakat 30 Jun - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah mencatatkan penurunan kepada hanya 5,379 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 30 Jun lepas.