Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perkara tersebut hanya akan ditetapkan oleh kepimpinannya.
"Ia (keputusan bertanding atau tidak) bergantung kepada kita yang buat keputusan, bukan mereka yang buat keputusan.
"Mengenai berapa jumlah kerusi (untuk ditandingi) masih dalam perbincangan," katanya ketika sidang akhbar selepas Sidang Kemuncak Empat Kerajaan Negeri (SG4) di salah sebuah hotel di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee supaya Perikatan Nasional (PN) tidak bertanding pada PRN itu akan datang.
Abdul Hadi pada Sabtu dilapor berkata, partinya bersedia untuk bertanding di negeri berkenaan.
Sementara itu ditanya kemungkinan akan wujud kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN akan datang, Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata, perkara itu belum diputuskan.
"Kita akan melihat (gabungan) mana yang lebih baik (untuk bekerjasama pada PRN Sabah)," katanya. -- Sinar Harian