KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah terutama dalam usaha memajukan negeri ini dan menyatupadukan rakyat.
Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai berkata GRS amat selesa bekerja dengan PH Sabah serta parti-parti lain yang menyertai kerjasama membentuk kerajaan negeri ketika ini.
Beliau berkata mengambil kira keyakinan rakyat kepada GRS dan keserasiannya dengan PH Sabah dalam mentadbir negeri pada masa ini, tidak ada sebab untuk gabungan tempatan itu menjalinkan kerjasama dengan parti lain berpangkalan di Semenanjung.
"Oleh itu GRS akan menumpukan usaha merealisasikan agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam membangunkan negeri dan menyatupadukan rakyat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Parti komponen GRS terdiri daripada Gagasan Rakyat, Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP).
Joniston berkata pada awal 2022, PH Sabah memilih untuk menyokong Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri apabila ada gerakan untuk menumbangkan kerajaan negeri pada masa itu.
"Keputusan PH Sabah menyokong Hajiji sebagai Ketua Menteri didorong kebimbangan momentum membangunkan Sabah terganggu oleh keadaan politik tidak stabil akibat tindakan pihak tertentu yang mahu menggulingkan kerajaan sudah terbentuk," katanya.
Beliau berkata GRS juga melihat hasrat atau minat mana-mana parti itu untuk berkerjasama sebagai tanda keyakinan terhadap keikhlasan dan kesungguhan GRS sebagai peneraju kerajaan Sabah.
"Sebagai gabungan parti tempatan, GRS akan sentiasa berpandu kepada pandangan dan sentimen rakyat Sabah dalam membuat sebarang keputusan," katanya.
Semalam, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin berkata partinya akan meneliti kemungkinan kerjasama dengan GRS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17, manakala Sabtu lepas Presiden Parti PejuangTanah Air (Pejuang) Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata partinya terbuka menjalin kerjasama dengan semua parti di Sabah termasuk parti mentadbir kerajaan negeri.
Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali berkata GRS dianggotai beberapa parti dan segala keputusan termasuk soal kerjasama antara parti memerlukan perbincangan serta persetujuan semua pihak.
"Kita gembira kerana ada parti luar berminat bekerjasama dengan kita. Ini menunjukkan parti kita dipandang tinggi dan diyakini mampu untuk mentadbir kerajaan Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024

Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai berkata GRS amat selesa bekerja dengan PH Sabah serta parti-parti lain yang menyertai kerjasama membentuk kerajaan negeri ketika ini. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.

Tidak perlu tunggu PRN Sabah untuk jalin kerjasama dengan GRS - Armizan
Mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu menunggu Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).

PBS, STAR tetap komited beri sokongan kepada GRS - Joniston
Dakwaan kononnya dua parti komponen GRS itu ingin bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) pada PRN Sabah akan datang adalah tidak berasas.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kerajaan GRS-PH Plus adil kepada semua tanpa mengira fahaman politik - Hajiji
Hajiji berkata walaupun pelbagai kritikan dan fitnah dilemparkan terhadap dirinya serta kerajaan pimpinannya, namun soal keadilan tetap menjadi pegangan beliau.

PRN Sabah: 'Kita yang buat keputusan, bukan mereka' - Abdul Hadi
Keputusan sama ada Pas akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan ditentukan sendiri parti itu bukan pihak lain.

PAU 2024: Isu kerjasama politik GRS dan UMNO tidak akan dibincangkan - Asyraf Wajdi
Isu melibatkan kerjasama politik di antara Gerakan Rakyat Sabah (GRS) dengan UMNO menuju ke PRN Sabah tidak akan dibincangkan dalam PAU 2024.

GRS nafi PBS, STAR bertanding solo PRN Sabah akan datang
GRS menafikan dakwaan dua parti gabungannya, PBS dan STAR merancang bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

GRS selesa kerjasama dengan PH Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah terutama dalam usaha memajukan negeri ini dan menyatupadukan rakyat.

Usah politikkan isu kemiskinan tegar di Sabah - Azizah
Semua pihak terutamanya pembangkang di Sabah diminta agar tidak mempolitikkan isu kemiskinan tegar sebaliknya bersama-sama kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha menoktahkan isu dihadapi rakyat.