KUALA LUMPUR: Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) telah menjadi sebahagian daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuat kuasa pada 18 April lepas.
SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan sehubungan itu ia dinamakan semula sebagai Bahagian Perancangan Governans Nasional dan mengambil alih peranan memantau pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 (NACP) yang sebelum ini dijalankan oleh GIACC.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Disember lepas memaklumkan kabinet akan meneliti cadangan untuk membubarkan GIACC kerana dilihat berlaku pertindihan tugas.
Anwar dilapor berkata peranan GIACC boleh dijalankan oleh SPRM atau Polis Diraja Malaysia maka badan-badan yang berlaku pertindihan perlu dikurangkan kerana setiap agensi yang bertindih itu menanggung kos yang tinggi.
Dalam kenyataan yang sama, SPRM memaklumkan pelaksanaan inisiatif yang digariskan dalam NACP menunjukkan kemajuan walaupun negara berdepan dengan pandemik COVID-19.
"Sehingga 31 Dis lepas daripada keseluruhan 111 inisiatif NACP yang dipantau, sebanyak 62 inisiatif telah selesai pelaksanaan iaitu bersamaan 55 peratus. Ini menjadikan baki 49 inisiatif yang masih dipantau.
"Sebanyak 39 inisiatif dijangka dapat menepati masa dan diselesaikan sebelum penghujung Disember tahun ini, manakala 10 inisiatif didapati berkemungkinan melewati tahun ini disebabkan kompleksiti pelaksanaan yang melibatkan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan, pindaan perundangan semasa serta pewujudan perundangan baharu," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu SPRM optimis serta komited untuk menyelesaikan baki inisiatif NACP yang belum dilaksanakan.
"Komitmen semua pihak dalam menjayakan usaha murni melalui pelaksanaan NACP merupakan suatu manifestasi terhadap kesungguhan menuju sebuah negara bebas rasuah yang memartabatkan integriti serta kebertanggungjawaban berpaksikan ekosistem governans yang baik," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023
Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) telah menjadi sebahagian daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuat kuasa pada 18 April lepas. - BERNAMA
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
KPDN Kelantan rampas pelbagai barangan seludup, barangan kawalan bernilai lebih RM6.8 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas pelbagai barangan seludup dan barangan kawalan dianggarkan bernilai lebih RM6.8 juta sejak awal Januari hingga semalam.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Transformasi BPGN perkuat usaha banteras rasuah Malaysia
Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN) terus menerajui enam fungsi utama dalam mengambil alih peranan Pusat Governans, Intergriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) sebelum ini.
GIACC jadi sebahagian SPRM pada April lepas
Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) telah menjadi sebahagian daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuat kuasa pada 18 April lepas.
Lebih banyak inisiatif NACP dijangka selesai pada 2022 - GIACC
Ketua Pengarah GIACC, Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan berkata ia berikutan momentum positif yang ditunjukkan oleh 27 ketua agensi peneraju.
Pelaksanaan penuh NACP mampu beri impak kedudukan Malaysia dalam CPI - GIACC
GIACC berkata penurunan skor dan kedudukan Malaysia dalam CPI bagi tempoh dua tahun berturut-turut merupakan satu perkara yang amat serius.
SPRM gesa wujud akta dana politik, jamin integriti ahli politik
Azam Baki berkata, akta tersebut diperlukan bagi mengelakkan timbulya isu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan selain menjamin integriti dalam kalangan ahli politik.
PM hargai sumbangan Abu Kassim perangi rasuah
Tan Sri Muhyiddin zahirkan penghargaan beliau atas segala usaha dan sumbangan KP Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
JKKMAR setuju garis panduan surat sokongan anggota pentadbiran diperhalusi
JKKMAR bersetuju GIACC bersama Menteri-menteri Kanan, Ketua Setiausaha Negara, Jabatan Peguam Negara dan SPRM memperhalusi garis panduan pengeluaran surat sokongan oleh anggota pentadbiran.
Hari Integriti Nasional platform organisasi tingkatkan governans, integriti dan antirasuah
IIM juga berperanan untuk memberikan konsultasi dan nasihat kepada ketua badan awam dan swasta dalam mengenal pasti punca risiko kepada berlakunya rasuah.
Antara COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan dan kedegilan masyarakat
Masyarakat menjadi lebih peka akan kepentingan menjaga kebersihan, sehingga butang-butang dalam lif-lif awam dilapik dengan plastik dan dicuci setiap masa.