PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa agar akta dana politik diwujudkan sebagai usaha membentuk integriti situasi politik negara.
Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata, akta tersebut diperlukan bagi mengelakkan timbulnya isu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan selain menjamin integriti dalam kalangan ahli politik.
“Saya percaya semua parti ada menerima sumbangan daripada pelbagai pihak untuk menggerakkan parti mereka. Oleh itu, perlu ada satu penjelasan dalam sumbangan yang diterima ahli politik sama ada ia dikelaskan dalam sumbangan yang dibenarkan atau berbaur rasuah bagi memudahkan SPRM faham dan mengelaskan kes berkenaan.
“Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) merupakan badan yang mengepalai draf undang-undang terbabit sebelum dibawa ke Parlimen,” katanya Sempena Ulang Tahun BPR/SPRM ke-54 secara maya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, beliau menambah, isu lompat parti membabitkan ahli politik dianggap sebagai hak masing-masing, namun merupakan perbuatan yang tidak profesional.
“Lompat parti dianggap tidak profesional kerana ia menjejaskan imbangan kuasa wakil rakyat (Ahli Parlimen) di Dewan Rakyat yang membuat undang-undang, kelangsungan kerajaan dan Demokrasi Berparlimen.
“Meskipun dianggap tidak salah di sisi undang-undang, apa yang menjadikannya sebagai perbuatan yang tidak bermoral adalah apabila seseorang Ahli Parlimen atau wakil rakyat ditawarkan dengan wang ringgit dan jawatan untuk melompat parti,” katanya.
Selain itu, kata Azam, isu berkaitan ‘conflict of interest’ dalam sesebuah organisasi boleh dielakkan dengan adanya sistem dan tatacara kerja yang telus.
“Misalnya, di SPRM kita mempunyai lima badan panel bebas yang memantau suruhanjaya ini sebagai mekanisme semak dan imbang. Kewujudan mekanisme ini dapat mengelakkan perkara ini berlaku.
“Sistem kerja kita juga perlu ada garis panduan khusus agar pegawai-pegawai atau mana-mana individu yang berurusan dengannya dapat mengetahui batas-batas yang perlu mereka patuhi dalam menjalankan tugas,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai usaha meraih sokongan dan kepercayaan rakyat, kata Azam, terdapat empat strategi teras yang digunakan dalam memerangi rasuah dalam setiap lapisan masyarakat.
Ia termasuk Strategi Teras 1 (Penguatkuasaan); Strategi Teras 2 (Pencegahan); Strategi Teras 3 (Pendidikan) dan Strategi Teras 4 (Pengukuhan).
“Dalam era yang berteknologi tinggi, SPRM juga menggunakan teknologi untuk menyebarluaskan mesej antirasuah seperti menggunakan platform media sosial dan portal supaya orang ramai dapat memperoleh maklumat berkaitan dengan lebih mudah, cepat dan tepat.
“Pada masa yang sama, SPRM juga menerapkan elemen antirasuah dari segi pendidikan iaitu memasukkan subjek elektif Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mewujudkan Kor Kadet SPRM di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dari sudut kokurikulum supaya golongan muda mengetahui kesan negatif rasuah terhadap individu dan masyarakat,” katanya.
Ujarnya lagi, masyarakat umum perlu mengetahui bahawa kegiatan rasuah berlaku apabila ada pihak yang menawar dan memberi serta ada pihak yang meminta atau menerima.
Demi kepentingan semua, sama-sama kita menolak rasuah dan jangan membiarkan jenayah rasuah memusnahkan masa depan negara.
SPRM menyambut ulang tahun ke-54 tahun ini dengan tema ‘Semarakkan Integriti, Rasuah Diperangi’, sepenuhnya secara maya dengan penganjuran pelbagai program menarik di seluruh negeri di samping mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Ehsan A Marisah
Fri Oct 01 2021
Tahun ini, SPRM menyambut ulang tahun ke-54 dengan tema 'Semarakkan Integriti, Rasuah Diperangi'. - Gambar fail
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
Kompetensi makmal forensik digital SPRM diiktiraf - Azam
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan kompetensi makmal forensik digitalnya selepas memperoleh Sijil Akreditasi ISO/IEC 17025:2017 daripada Jabatan Standard Malaysia.
1BestariNet: SPRM sahkan tiada unsur jenayah, tiada pertuduhan
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan yang dijalankan sejak September lalu mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam pelaksanaan tender projek 1BestariNet.
Mahkamah Tinggi tolak rayuan, kekalkan hukuman bekas pegawai perancang bandar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara dan denda ke atas seorang bekas pegawai Perancang Bandar dan Desa di Majlis Daerah Besut yang didapati bersalah menerima wang rasuah.
1BestariNet: Tiada pertuduhan dikenakan oleh SPRM - YTL
YTL Power International Bhd mengumumkan bahawa tiada pertuduhan akan dikenakan kepada anak syarikatnya YTL Communications Sdn Bhd berkaitan dengan projek 1BestariNet oleh SPRM.
Pengurus syarikat disyaki minta rasuah untuk dapatkan gelaran Datuk Seri direman tiga hari
Seorang pengurus syarikat direman untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM375,000 bagi mendapatkan gelaran 'Datuk Seri'.
Belia penentu usaha banteras rasuah, tangani isu integriti
Sehubungan itu, golongan muda perlu menjadi ejen perubahan sekali gus membangunkan Malaysia ke arah yang lebih baik.
Pemilihan AGM: Presiden Paralimpik lapor SPRM, dakwa wujud elemen rasuah
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin hari ini membuat laporan kepada SPRM yang mendakwa wujudnya eleman rasuah dalam pemilihan AJK badan itu.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Seorang lagi individu bergelar Datuk ditahan kes rasuah projek pembinaan RM250 juta di Sarawak
SPRM menahan reman seorang lagi individu bergelar Datuk yang disyaki terlibat dalam kes rasuah sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan di Sarawak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.