KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata ia selari dengan hala tuju perubahan atau 'game changer' seperti ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Isu-isu tatakelola ini meliputi pelbagai perkara, bukan sahaja integriti atau isu-isu penyelewengan serta rasuah malah kelemahan tatakelola dalam pentadbiran seperti yang telah ditekankan Perdana Menteri.
"Dalam hal ini, Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN) SPRM terus menerajui enam fungsi utama dalam mengambil alih peranan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) sebelum ini," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Media SPRM 2023 di sini malam ini.
Beliau berkata BPGN berperanan untuk menasihati kerajaan dan melaporkan perkembangan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) kepada Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang dipengerusikan Perdana Menteri.
SPRM-TATAKELOLA 2 KUALA LUMPUR
Katanya pembangunan NACS melibatkan tindakan penyelarasan input dan maklum balas daripada pelbagai pemegang taruh bagi menggariskan hala tuju dan komitmen negara untuk tempoh lima tahun bermula tahun ini hingga 2028.
Sementara itu Azam berkata SPRM turut bergantung kepada media bagi memastikan segala informasi dan mesej antirasuah sampai ke setiap lapisan masyarakat di negara ini termasuk di agensi kerajaan, swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pusat pendidikan.
Beliau berkata ketika ini, media arus perdana masih merupakan sumber utama dan perlu diyakini berbanding media sosial kerana kelompok media arus perdana terdiri daripada kumpulan pengamal media yang profesional, terlatih, berlesen dan berautoriti.
"Jadi penyampaian berita yang dihasilkan itu berpandukan kepada sumber yang sahih dan media arus perdana turut memainkan peranan yang signifikan dalam menangkis penularan berita-berita palsu yang disebarkan di media sosial," katanya.
Pada majlis itu wartawan Bernama TV Siti Zanariah Mohd Zin memenangi tempat kedua bagi kategori media elektronik menerusi laporannya "Garapan silang idea bantu mantapkan strategi antirasuah" dan membawa pulang RM6,000.
SPRM-TATAKELOLA 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Salmiah Druhamad Drahsin dari Sinar Channel merangkul hadiah utama kategori media elektronik menerusi laporan "SPRM Ambush Raja Scammer' yang membawa pulang wang tunai RM8,000.
Wartawan Harian Metro Mohd Jamilul Anbia Md Denin muncul pemenang utama kategori media cetak menerusi laporannya "Pakej Beli Bayi" dan membawa pulang wang tunai RM8,000.
Majlis Anugerah Media SPRM 2023 turut dihadiri Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Norazlan Mohd Razali dan Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nasriah Darus.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
Azam Baki (tengah) bergambar bersama pemenang-pemenang pada Majlis Anugerah Media SPRM 2023 malam ini. - Gambar Bernama
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Januari 2025.
Rasuah: Biar DBKL jalankan siasatan dalaman dahulu - Azam
SPRM serah kepada DBKL untuk menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan salah laku salah seorang ahli lembaga penasihatnya yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.
Kes salah laku DBKL: SPRM akan dapatkan maklum balas esok
Ahmad Khusairi berkata SPRM akan menjalankan siasatan jika terdapat elemen jenayah seperti salah guna kuasa dan rasuah.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
SPRM sedia siasat dakwaan salah laku ahli lembaga penasihat DBKL
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini tiada siasatan dibuka oleh pihaknya berhubung dakwaan itu.
Kerugian jenayah komersial di Melaka meningkat RM79.27 juta tahun lepas
Nilai kerugian mangsa jenayah komersial di Melaka meningkat kepada RM79.27 juta pada tahun lepas berbanding RM48.42 juta pada 2023.
Lelaki miliki rekod jenayah ditahan cuba rasuah polis
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Segamat menahan seorang individu kerana kesalahan memberi rasuah, semalam.
Op Sky: Kelulusan pinjaman peribadi dibuat dengan cara manipulasi TAT - Azam Baki
Azam berkata kelulusan pinjaman peribadi daripada bank biasanya mengambil masa tiga hingga lima hari untuk diluluskan.
COO syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah terima suapan RM70,000
Tertuduh, Rostam Shahrif Tami, 59, yang merupakan COO bagi Kumpulan Prolintas mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Penjawat awam di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM
Lelaki tersebut dipercayai membuat tuntutan palsu untuk sumbangan kepada 49 saudara baharu dari 2022 hingga 2024.