Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata jumlah sukarelawan yang menyertai misi itu akan diputuskan Khamis dan dijangka berlepas minggu depan.
"Alhamdulilah selain itu satu tabung kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi di negara itu juga akan dilancarkan oleh kerajaan negeri dalam beberapa hari lagi dan telah diluluskan dalam mesyuarat Exco hari ini.
"Moga Allah permudahkan urusan kita semua dalam membantu saudara kita yang ditimpa ujian di Turkiye," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Gempa bumi besar berukuran 7.8 magnitud yang melanda Turkiye dan Syria pada Isnin minggu lepas meragut ribuan nyawa.
Turkiye pada 8 Feb mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah iaitu Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa bagi memastikan misi mencari dan menyelamat berjalan lancar.
-- BERNAMA