MACHANG: Pemuda UMNO menaruh harapan supaya parti memberi peluang kepada calon muda untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, calon dalam kalangan orang muda dilihat lebih mudah untuk mendekati pengundi dalam menyampaikan maklumat, mempunyai tenaga dan idea untuk membangunkan kawasan tersebut.
"Mengenai nama calon Pemuda UMNO, kita akan bawa perkara ini kepada Biro Politik untuk diadakan perbincangan dengan UMNO Kelantan sebelum diajukan kepada pucuk tertinggi pimpinan parti.
"Sehubungan itu, kita mohon kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub untuk mencalonkan wakil Pemuda bertanding PRK Nenggiri kali ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Machang di Pusat Transformasi Ilmu dekat Bukit Tiu, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal berkata, sekiranya calon yang dipilih dalam kalangan Pemuda UMNO, individu itu mestilah melepasi standard yang ditetapkan iaitu individu yang menetap di kawasan berkenaan dan paling penting boleh menjadi 'Yang Berkhidmat' bukannya 'Yang Berhormat'.
Pada 19 Jun lepas, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan Kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian Bersatu pada 13 Jun lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala hari pengundian pada 17 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024
Dr Muhamad Akmal (empat, kiri) hadir bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Machang di Pusat Transformasi Ilmu dekat Bukit Tiu, di Machang, semalam. - Facebook Akmal Saleh
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.
Jangan terlalu selesa dengan kemenangan PRK Nenggiri - Mohamad
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan mengingatkan jentera BN supaya tidak terlalu selesa dengan kemenangan pada PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.
Muhyiddin tiba di mahkamah untuk pendakwaan kes sentuh 3R
Sesi pendengaran kes berkenaan bermula pada 9 pagi ini di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.
Isu 3R: Muhyiddin didakwa di mahkamah Gua Musang esok - KPN
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa esok berhubung ucapannya yang dikatakan menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja ketika berkempen pada PRK Nenggiri.
Muhyiddin akan didakwa mengikut Akta Hasutan di mahkamah esok
Ucapan Muhyiddin tempoh hari seolah-olah mempersoalkan keputusan Yang di-Pertuan Agong ke-16 melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.
Anwar tegaskan tidak campur tangan siasatan terhadap Muhyiddin
Anwar berkata tidak akan mencampuri siasatan terhadap Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa menyentuh institusi diraja ketika berkempen pada PRK Nenggiri.
Jangan leka kejayaan di Nenggiri - Ahmad Maslan
Ahmad menggesa barisan jentera parti semua terus fokus membuat persiapan rapi.
PN Pahang sokong Muhyiddin disiasat
ADUN Perikatan Nasional (PN) negeri ini menyokong penuh titah Tengku Hassanal supaya satu siasatan yang adil dilakukan ke atas Muhyiddin Yassin berhubung ucapannya semasa berkempen di Nenggiri.
'Saya tak bermaksud hina institusi raja' - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan ucapannya pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri tidak berniat menghina institusi raja.