SHAH ALAM: Garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung kutipan dana sekolah adalah untuk menjaga sensitiviti agama dan bangsa di negara ini.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan bahawa kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebelum ini atas kapasiti sebagai menteri yang menjaga undang-undang telah ditetapkan.
"Saya juga nak ingatkan Lim Guan Eng dan DAP bahawa Islam adalah agama persekutuan dan majoriti penduduk adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.
"Polisi yang diwujudkan adalah untuk menjaga sensitiviti agama dan bangsa di negara ini.
"Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bercakap atas kapasiti sebagai menteri yang menjaga undang-undang telah ditetapkan dan juga beliau sebagai seorang menteri berbangsa Melayu Islam," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Dr Muhamad Akmal berkata demikian bagi membidas kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang mengkritik Fadhlina supaya tidak berpendirian seiring dengan Pas dan Pemuda UMNO dalam isu kutipan dana dan pendidikan Cina.
Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal mengingatkan kepada Guan Eng supaya menjaga sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini.
Sebelum ini, pentadbir institusi pendidikan di bawah KPM dinasihatkan supaya mematuhi garis panduan dalam menguruskan sumbangan yang diterima daripada pihak luar.
Fadhlina berkata, pihaknya mengalu-alukan pemberian sumbangan kepada institusi pendidikan namun pada masa sama, ia mesti selari dengan garis panduan yang telah ditetapkan.
Susulan itu, Guan Eng mengingatkan Fadhlina Sidek supaya tidak berpendirian seiring dengan Pas dan Pemuda Umno dalam isu kutipan dana pendidikan Cina selain menegaskan beliau bukan 'Menteri Pendidikan Pas'.
Baru-baru ini kontroversi tercetus apabila konsert amal pendidikan bertujuan membuat kutipan bagi membina dewan sekolah yang didirikan sejak 30 tahun lepas itu dikatakan turut membabitkan sumbangan dan tajaan sebuah syarikat arak.
KPM dalam kenyataan sebelum ini memberitahu pihaknya memandang serius perkara itu dan sedang melakukan siasatan lanjut, selain turut mengingatkan pentadbir di institusi pendidikan di bawahnya supaya mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 27 2024

Dr Muhamad Akmal menegaskan bahawa kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebelum ini atas kapasiti sebagai menteri yang menjaga undang-undang telah ditetapkan.

Malaysia optimis ASEAN muktamad perjanjian ATIGA menjelang Mac
Malaysia optimis penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) akan dipersetujui dan diluluskan oleh kesemua negara anggotanya bulan hadapan.
IHPR Malaysia naik 0.8 peratus pada Januari
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia meningkat 0.8 peratus tahun ke tahun pada Januari 2025, meneruskan trend kenaikan selepas mencatat pertumbuhan 0.5 peratus pada Disember 2024.
Kerajaan akan bentang RUU Kredit Pengguna
Kerajaan dijangka membentangkan RUU Kredit Pengguna pada sidang Parlimen kali ini sebagai langkah memperkukuh perlindungan terhadap pengguna kredit.
Pembantu rumah dilayan seperti darah daging
Yulia Ningsih bukan sekadar pembantu rumah, tetapi sudah dianggap seperti ahli keluarga. Keakraban mereka terserlah apabila video pertemuan semula selepas beberapa tahun berpisah menjadi tular di media sosial.
MAIWP memperuntukkan RM19.97 juta bagi bantuan ihya' ramadan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM19.97 juta bagi menjamin program pengimarahan di masjid dan surau sepanjang ramadan tahun ini dilaksanakan lebih berkesan.
Polis kejar Pajero 15km, rampas 200kg syabu bernilai RM6.4 juta
Polis Kelantan merampas 200 kilogram dipercayai dadah jenis syabu bernilai RM6.4 juta selepas mengejar sebuah kenderaan pacuan empat roda sejauh 15 kilometer di Tumpat.

IOI Properties rai hubungan Malaysia-China dengan penganjuran majlis budaya
IOIPG dan Visit IOI Resort City rai hubungan unik Malaysia - China dengan penganjuran China dan M'sia - A Celebration of Culture, Tradition and Culinary Excellence

BRICS akan cari sistem pembayaran alternatif - Presiden Brazil
Brazil selaku pengerusi BRICS komited untuk membangunkan platform pembayaran tambahan yang boleh diakses, telus dan selamat.

Polis kemas kini kertas siasatan kes gaduh pertandingan seni bela diri
Polis kemas kini kertas siasatan kes gaduh pertandingan seni bela diri
![[KOLUMNIS] RUU Majlis Media Malaysia dan Bernama: Pembingkaian media, reformasi atau kawalan? [KOLUMNIS] RUU Majlis Media Malaysia dan Bernama: Pembingkaian media, reformasi atau kawalan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653650961_TBRAKANMEDIA.jpg)
[KOLUMNIS] RUU Majlis Media Malaysia dan Bernama: Pembingkaian media, reformasi atau kawalan?
RUU Majlis Media Malaysia menggariskan penubuhan sebuah badan yang bertanggungjawab terhadap etika kewartawanan dan pengawalseliaan industri media.

Dana syarikat arak: Akmal pertahan kenyataan Fadhlina
Garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung kutipan dana sekolah adalah untuk menjaga sensitiviti agama dan bangsa di negara ini.

Dana syarikat arak: Anthony beri penjelasan kepada Jemaah Menteri esok
Isu pemberian sumbangan dan tajaan oleh syarikat minuman keras kepada sekolah-sekolah Cina akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.