KUALA LUMPUR: Sebanyak 188 daripada 810 tapak pembinaan yang beroperasi di seluruh negara sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan telah diarah tutup serta-merta.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan angka itu diperoleh hasil 4,208 pemeriksaan tapak pembinaan yang dijalankan dari 1 Jun hingga semalam.
"Hasil 4,208 pemeriksaan ke atas tapak pembinaan ini, didapati sebanyak 3,398 tapak pembinaan tidak beroperasi manakala 810 tapak pembinaan lagi masih beroperasi.
"Daripada jumlah itu (810), sebanyak 188 atau 23 peratus tapak pembinaan didapati tidak mematuhi SOP dan telah diarahkan tutup manakala 77 peratus tapak lagi patuh pada SOP ditetapkan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut 56 tapak binaan yang ditutup terletak di Sarawak diikuti Selangor (42), Melaka (15), masing-masing 11 di Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, Johor (sembilan), Negeri Sembilan (lapan), masing-masing enam di Terengganu dan Pahang, Perak (lima), tiga di Kedah dan Perlis serta Kelantan (dua).
Bagaimanapun, menurut CIDB daripada 188 tapak pembinaan yang diarah tutup itu, 42 daripadanya dibenarkan dibuka semula selepas mematuhi SOP ditetapkan.
Pada masa sama, CIDB turut mengingatkan penggiat industri pembinaan supaya mematuhi SOP PKP 3.0 terkini yang boleh dimuat turun di www.cidb.gov.my untuk mengelak daripada dikenakan tindakan tegas termasuk penggantungan dan/atau pembatalan Perakuan Pendaftaran Kontraktor.
Agensi itu turut memaklumkan kontraktor yang melanggar peruntukan Akta 520 atau undang-undang bertulis lain termasuk Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) serta Akta 446 (Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990), juga boleh dibawa ke prosiding tindakan tatatertib kontraktor.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 06 2021

Sebanyak 188 daripada 810 tapak pembinaan yang beroperasi di seluruh negara sepanjang PKP 3.0 didapati gagal mematuhi SOP ditetapkan dan telah diarah tutup serta-merta. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

DBKL tutup 41 lagi premis gagal patuh SOP
Sebanyak 41 premis telah ditutup dalam Tindakan Op Patuh Terhadap Premis Perniagaan Komersial di 11 kawasan Parlimen di ibu negara dalam tempoh 1 hingga 15 Okt lepas.

Gagal patuh SOP PKP 3.0: 188 tapak pembinaan diarah tutup
Sebanyak 188 daripada 810 tapak pembinaan yang beroperasi di seluruh negara sepanjang PKP 3.0 didapati gagal mematuhi SOP ditetapkan dan telah diarah tutup serta-merta.

CIDB arah tutup dua tapak bina, tarik balik kelulusan beroperasi dua tapak bina
Tindakan dibuat CIDB Negeri Sabah dan CIDB Negeri Johor susulan Operasi Penguatkuasaan PKP 3.0 yang dijalankan pada Rabu.

Setahun PKP: Perlu kajian impak, elak SOP syok sendiri - Pakar psikologi
Kajian itu penting dalam memastikan segala pelaksanaan SOP adalah bersasar dan dapat dikuatkuasakan dengan sempurna.

519 individu ditahan, gagal patuh SOP - Ismail Sabri
Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (206), tidak memakai pelitup muka (126), gagal menyediakan peralatan atau rekod butiran diri (67).

147 pengunjung pusat hiburan dikompaun
Dalam operasi yang turut disertai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) itu sebanyak tujuh premis pusat hiburan diperiksa dan lima daripadanya diarahkan ditutup selama tujuh hari.

Gagal patuhi SOP COVID-19, Indonesia laksana hukuman denda di khalayak umum
Bagi yang mengingkari penjarakan sosial pula, diarah membaca ayat suci al-Quran di khalayak umum.