KUALA LUMPUR: Dua tapak projek pembinaan di Sabah diarah tutup manakala dua lagi kelulusan operasi tapak projek di Johor ditarik balik berikutan kegagalan kontraktor mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam kenyataan semalam memaklumkan tindakan itu dibuat oleh CIDB Negeri Sabah dan CIDB Negeri Johor susulan Operasi Penguatkuasaan PKP 3.0 yang dijalankan semalam.
Menurut CIDB dalam operasi di Sabah pihaknya mendapati dua tapak bina di negeri itu gagal mematuhi senarai semak SOP MKN (Majlis Keselamatan Negara) COVID-19 manakala enam daripada lapan tapak bina yang dilawati tidak beroperasi.
"Kedua-dua tapak bina di Beaufort dan Kinabatangan itu diarah untuk menghentikan operasi serta- merta selain Notis Pemberhentian kerja N3E/2021 dan Notis Gagal Mematuhi SOP Kerja Pembinaan semasa PKP N3B/2015 turut dikeluarkan," demikian menurut kenyataan itu.
Antara kesalahan yang dilakukan adalah gagal mengisytiharkan projek kepada CIDB, projek beroperasi tanpa kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), perakuan pendaftaran telah tamat tempoh dan kerja yang dijalankan bukan kritikal.
"Selain itu, rumah penginapan pekerja yang disediakan juga tidak mendapat kelulusan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan gagal mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM)," jelas CIDB.
Bagi Operasi Penguatkuasaan PKP 3.0 CIDB Negeri Johor yang dijalankan di sekitar Johor Bahru, dua daripada 16 tapak bina yang dilawati tidak mematuhi SOP dan tujuh tapak didapati tidak beroperasi.
"Kedua-dua tapak bina itu menjalankan projek pembinaan untuk bangunan komersial tujuh tingkat... notis dikeluarkan kepada kontraktor utama dan kelulusan MITI ditarik balik kerana projek itu gagal memenuhi syarat beroperasi PKP penuh dan penginapan pekerja yang disediakan didapati tidak mendapat kelulusan JTK dan PBT," menurut kenyataan itu.
Sejak PKP 3.0 dilaksanakan, CIDB menjalankan pemeriksaan terhadap 2,678 tapak bina dan daripada 511 tapak bina yang beroperasi, 153 daripadanya gagal mematuhi SOP dan diarah tutup, bagaimanapun 11 daripadanya dibenar beroperasi semula selepas didapati mematuhi SOP.
CIDB mengingatkan penggiat industri pembinaan agar mematuhi SOP dan senarai SOP yang terkini boleh dimuat turun di www.cidb.gov.my
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021

Sejak PKP 3.0 dilaksanakan, CIDB menjalankan pemeriksaan terhadap 2,678 tapak bina dan daripada 511 tapak bina yang beroperasi, 153 daripadanya gagal mematuhi SOP dan diarah tutup.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Fahami perjanjian pengubahsuaian rumah bagi elak jadi mangsa penipuan - CIDB
Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Mohd zaid Zakaria berkata sampel perjanjian pembinaan boleh dimuat turun daripada laman web CIDB.

Belanjawan 2024 buka peluang kontraktor kecil - CIDB
Peruntukan sebanyak RM72.7 bilion dalam Belanjawan 2024 untuk pelaksaan kerja-kerja pembinaan akan membuka peluang kerja kontraktor-kontraktor kecil dan sederhana (G1 hingga G4).

Projek Solar: CIDB saman Jepak Holdings, tuntut bayar levi RM1.65 juta
Projek solar hibrid itu dikaitkan dengan kes rasuah membabitkan isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang sedang dibicarakan.

Konkrit hempap kereta: CIDB siasat tiga aspek utama
Tiga aspek itu melibatkan kaedah pembinaan, kualiti bahan binaan dan kemahiran serta akreditasi pekerja mahir terlibat.

CIDB keluar 3,093 notis kepada kontraktor sejak Januari
Notis terbanyak dikeluarkan di Sarawak iaitu 540 notis diikuti Johor (325), Selangor (296), Terengganu (281), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (242) dan Sabah (236) manakala selebihnya di negeri lain.

Penularan kepialu terkawal, vaksin mencukupi - Subramaniam
Penularan kes ini terkawal dan dipantau rapat pihak kementerian dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Guna bahan lestari untuk rumah mangsa banjir - Fadillah
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menyarankan penggunaan panel komposit poliuretana yang ringan untuk membina rumah baharu mangsa banjir.

Lesen kontraktor masjid runtuh bakal digantung--CIDB
Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Terenganu, Ahmad Farrin Mokhtar berkata Jabatan Kerja Raya akan menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.