Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengeluarkan 3,093 notis kepada kontraktor dan personel binaan atas pelbagai kesalahan sejak awal Januari hingga Ogos tahun ini.
Ketua Eksekutif CIDB Datuk Ir Ahmad 'Asri Abdul Hamid berkata kesalahan itu melibatkan pendaftaran, akreditasi, latihan personel binaan, perakuan pendaftaran kontraktor, tidak mengisytiharkan projek dan kegagalan menjelaskan bayaran levi dalam tempoh yang ditetapkan.
Beliau berkata notis terbanyak dikeluarkan di Sarawak iaitu 540 notis diikuti Johor (325), Selangor (296), Terengganu (281), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (242) dan Sabah (236) manakala selebihnya di negeri lain.
"Kesemua notis berkenaan dikeluarkan hasil daripada operasi bersepadu bersama agensi kerajaan berkaitan serta risikan dan lawatan mengejut penguat kuasa CIDB di seluruh negara ke tapak-tapak binaan yang telah dikenal pasti," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata CIDB sentiasa memandang serius pematuhan kerja pembinaan terutamanya yang menyentuh aspek keselamatan awam.
"Oleh sebab itu, CIDB akan terus memantau dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kontraktor dan personel binaan yang ingkar dalam mematuhi kehendak undang- undang bertulis," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2017
![CIDB keluar 3,093 notis kepada kontraktor sejak Januari CIDB keluar 3,093 notis kepada kontraktor sejak Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81510042630_ceoCIDB.jpg)
AHMAD ASRI: Kesemua notis berkenaan dikeluarkan hasil daripada operasi bersepadu bersama agensi kerajaan. - Foto: CIDB
![PRK Sungai Bakap: Raja sehari datang mengundi sebelum bersanding PRK Sungai Bakap: Raja sehari datang mengundi sebelum bersanding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720246552_PRKSungaiBakap.jpg)
PRK Sungai Bakap: Raja sehari datang mengundi sebelum bersanding
Muhammad Syafiq yang ditemani isterinya, Munirah Yahya, 24 mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Jawi di sini pada jam 12.30 tengah hari.
![UIAM nafi tidak berupaya bayar balik hutang UIAM nafi tidak berupaya bayar balik hutang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/41588929687_Alquran.jpg)
UIAM nafi tidak berupaya bayar balik hutang
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menafikan institusi itu berada dalam keadaan tidak berupaya membayar balik hutang.
AWANI Ringkas: Amaran hidupan laut Gastropoda
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Harimau belang mati dilanggar kereta Harimau belang mati dilanggar kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720244791_harimau.jpg)
Harimau belang mati dilanggar kereta
Kejadian sekitar jam 5.45 pagi itu menyebabkan kereta jenis Nissan Juke yang dipandu seorang lelaki mengalami kerosakan di bahagian depan.
![Saya ada maruah... - Bernard Chandran tak bayar Lady Gaga Saya ada maruah... - Bernard Chandran tak bayar Lady Gaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720238179_BernardChandran.jpg)
"Saya ada maruah..." - Bernard Chandran tak bayar Lady Gaga
Bernard Chandran berkongsi pengalaman ketika penyanyi terkenal antarabangsa, Lady Gaga menggayakan rekaan bajunya.
![EURO 2024: England lega UEFA hanya denda Jude Bellingham EURO 2024: England lega UEFA hanya denda Jude Bellingham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720239174_tbEnglandGarethSo.jpg)
EURO 2024: England lega UEFA hanya denda Jude Bellingham
Ketua jurulatih England, Gareth Southgate, berpuas hati dengan keputusan UEFA yang tidak menggantung Jude Bellingham.
![Lawan arus kerana tak perasan jalan tidak boleh dilalui Lawan arus kerana tak perasan jalan tidak boleh dilalui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720243620_lawanarus.jpg)
Lawan arus kerana tak perasan jalan tidak boleh dilalui
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 11.39 pagi.
PRK Sg Bakap: 31.84 peratus sudah mengundi setakat 12 tengah hari – SPR
Sebanyak 31.84 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 12 tengah hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
![MARA Inc: KKDW cari jalan atasi kerugian agar tidak berulang - Ahmad Zahid MARA Inc: KKDW cari jalan atasi kerugian agar tidak berulang - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720243130_ZahidHamidi.jpg)
MARA Inc: KKDW cari jalan atasi kerugian agar tidak berulang - Ahmad Zahid
KKDW akan mencari jalan untuk mengatasi kerugian MARA Inc berjumlah RM286.30 juta seperti dilaporkan Laporan Ketua Audit Negara.
[TERKINI] Kerajaan fokus pemulangan aset 1MDB
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya difahamkan bahawa penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
![CIDB keluar 3,093 notis kepada kontraktor sejak Januari CIDB keluar 3,093 notis kepada kontraktor sejak Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81510042630_ceoCIDB.jpg)
CIDB keluar 3,093 notis kepada kontraktor sejak Januari
Notis terbanyak dikeluarkan di Sarawak iaitu 540 notis diikuti Johor (325), Selangor (296), Terengganu (281), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (242) dan Sabah (236) manakala selebihnya di negeri lain.