Orang ramai diminta agar tidak panik dengan penularan demam kepialu atau tifoid yang dilaporkan berlaku di Lembah Kelang ketika ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, penularannya terkawal dan dipantau rapat pihak kementerian dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
''Kita sudah menjalankan pemantauan bersama terutama di kawasan penempatan pekerja asing.
''Demam kepialu ialah wabak yang boleh dirawat dan kita juga mempunyai vaksin yang cukup bagi menangani perkara itu,'' katanya selepas merasmikan Konvensyen QA Kebangsaan di sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, orang ramai perlu memberi perhatian kepada kebersihan makanan dan minuman kerana bakteria salmonella tyhpi yang menjadi punca kepada demam kepialu mampu merebak melaluinya.
Sehubungan itu, katanya, penekanan terhadap kebersihan adalah penting bagi mengelak jangkitan demam kepialu.
Kementerian Kesihatan semalam melaporkan, sejumlah 32 kes demam kepialu dilaporkan di Kuala Lumpur bagi tempoh di antara Ogos sehingga 18 Oktober.
Titiwangsa mencatatkan bilangan kes tertinggi dengan 16 kes, diikuti Kepong dengan lapan kes dan masing-masing empat kes di Lembah Pantai dan Cheras.
Astro Awani
Tue Oct 20 2015

SUBRAMANIAM: Demam kepialu ialah wabak yang boleh dirawat dan kita juga mempunyai vaksin yang cukup bagi menangani perkara itu. -Gambar fail

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Fahami perjanjian pengubahsuaian rumah bagi elak jadi mangsa penipuan - CIDB
Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Mohd zaid Zakaria berkata sampel perjanjian pembinaan boleh dimuat turun daripada laman web CIDB.

Belanjawan 2024 buka peluang kontraktor kecil - CIDB
Peruntukan sebanyak RM72.7 bilion dalam Belanjawan 2024 untuk pelaksaan kerja-kerja pembinaan akan membuka peluang kerja kontraktor-kontraktor kecil dan sederhana (G1 hingga G4).

Projek Solar: CIDB saman Jepak Holdings, tuntut bayar levi RM1.65 juta
Projek solar hibrid itu dikaitkan dengan kes rasuah membabitkan isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang sedang dibicarakan.

Konkrit hempap kereta: CIDB siasat tiga aspek utama
Tiga aspek itu melibatkan kaedah pembinaan, kualiti bahan binaan dan kemahiran serta akreditasi pekerja mahir terlibat.

CIDB keluar 3,093 notis kepada kontraktor sejak Januari
Notis terbanyak dikeluarkan di Sarawak iaitu 540 notis diikuti Johor (325), Selangor (296), Terengganu (281), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (242) dan Sabah (236) manakala selebihnya di negeri lain.

Penularan kepialu terkawal, vaksin mencukupi - Subramaniam
Penularan kes ini terkawal dan dipantau rapat pihak kementerian dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Guna bahan lestari untuk rumah mangsa banjir - Fadillah
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menyarankan penggunaan panel komposit poliuretana yang ringan untuk membina rumah baharu mangsa banjir.

Lesen kontraktor masjid runtuh bakal digantung--CIDB
Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Terenganu, Ahmad Farrin Mokhtar berkata Jabatan Kerja Raya akan menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.