KUALA LUMPUR: Sebanyak 41 premis telah ditutup dalam Tindakan Op Patuh Terhadap Premis Perniagaan Komersial di 11 kawasan Parlimen di ibu negara dalam tempoh 1 hingga 15 Okt lepas, menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
DBKL memaklumkan penutupan itu dibuat selepas pemeriksaan dilakukan di 419 premis dan syarikat melibatkan aktiviti pusat hiburan, perniagaan restoran, kedai pakaian atau jahitan baju, kedai runcit, gunting rambut, kedai barangan am dan lain-lain aktiviti yang beroperasi semasa dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Tindakan adalah untuk memastikan pematuhan Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan lain-lain kesalahan di bawah akta dan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan DBKL.
"Tiga notis kompaun telah dikeluarkan menerusi Akta 342 dengan pelbagai kesalahan terhadap individu/pemilik premis/syarikat yang ingkar pematuhan SOP (prosedur operasi standard) PPN yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN)," menurut DBKL dalam laman Facebook rasmi pada Ahad.
Selain itu, DBKL turut membuat penutupan terhadap sebuah premis hiburan di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan (WPKL) 1992 dan 40 premis lain mengikut Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 terhadap premis perniagaan yang dikendalikan oleh warganegara asing tanpa kebenaran.
Turut dilaksanakan tindakan menahan sementara 27 warga Bangladesh, 12 warga Pakistan, enam warga India dan 14 warga Indonesia (pengendali dan pekerja premis) bagi tujuan dokumentasi dan tindakan susulan agensi sahabat.
"Op Patuh DBKL ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sehingga tamat tempoh PPN dikuatkuasakan. Tindakan khas ini dilakukan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta SOP DBKL dan Kementerian Kesihatan (KKM).
"Sebarang aduan, warga kota boleh menyalurkan kepada pihak DBKL secara dalam talian seperti pautan yang telah disediakan https://adukl.dbkl.gov.my," menurut kenyataan itu lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 17 2021

Sebanyak 41 premis telah ditutup dalam Tindakan Op Patuh Terhadap Premis Perniagaan Komersial di 11 kawasan Parlimen di ibu negara dalam tempoh 1 hingga 15 Okt lepas. - Foto Facebook/DBKL

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

DBKL tutup 41 lagi premis gagal patuh SOP
Sebanyak 41 premis telah ditutup dalam Tindakan Op Patuh Terhadap Premis Perniagaan Komersial di 11 kawasan Parlimen di ibu negara dalam tempoh 1 hingga 15 Okt lepas.

MOSTI diminta tangguh umum maklumat yang diperoleh daripada HIDE
Gesaan itu dibuat oleh tiga persatuan yang mewakili pusat beli-belah dan industri peruncitan di seluruh negara dalam kenyataan bersama.

Kilang proses pastri kotor diarah tutup - DBKL
Tindakan penguatkuasaan juga dikenakan terhadap premis tersebut di bawah Undang-undang Kecil 25(1)(C) Akta Makanan 1983 kerana terdapat lipas dan najis tikus di ruang stor.

Najis, bangkai tikus ditemui di dapur restoran di P. Pinang
Daripada enam premis yang diperiksa, tiga premis diarahkan tutup selama 14 hari, manakala tujuh kompaun telah dikeluarkan sepanjang operasi empat jam itu.