KUALA LUMPUR: Selaras dengan penubuhannya yang telah melangkaui usia melebihi 90 tahun, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) terus optimis memberikan input terbaik menerusi Penyelidikan dan Pembangunan (RD) dalam pengurusan dan penggunaan sumber hutan secara mampan di negara ini.
Ketua Pengarahnya Dr Ismail Parlan berkata FRIM akan terus mengembangkan lagi kepakaran institut itu ke peringkat antarabangsa terutama ke negara-negara tropika dengan menawarkan perkhidmatan bersesuaian untuk dilaksanakan secara kerjasama dengan negara berkenaan.
"Negara-negara tropika mempunyai iklim yang hampir sama dengan Malaysia iaitu hutan tropika terutama di Asia Tenggara. Bidang kepakaran yang ditawarkan FRIM antaranya bioteknologi hutan, pemprosesan herba, pengujian perabot dan pengiraan stok karbon hutan. Rancangan FRIM tahun ini termasuk jemputan latihan di kampus FRIM dalam bidang-bidang berkenaan kepada agensi luar negara," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu temu bual eksklusif bersama Bernama di pejabatnya di Kepong baru-baru ini bersempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2022.
"FRIM adalah pengerusi Persatuan Institusi Penyelidikan Perhutanan Asia Pasifik (APAFRI) bagi penggal 2021-2024. Kami akan menggunakan platform APAFRI bagi mempromosi perkhidmatan FRIM di peringkat antarabangsa. Dengan adanya program seperti ini, kita dapat membantu negara-negara tropika yang masih memerlukan perkhidmatan dan kepakaran yang berkenaan," katanya.
Beliau berkata perkongsian kepakaran oleh FRIM itu sekali gus membantu meningkatkan imej baik negara di peringkat antarabangsa.
Sementara itu, bersempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa tahun ini, Ismail berkata sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan di Hutan Simpan Tanum, Kuala Lipis, Pahang anjuran Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) bersama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) pada 26 Mac ini.
FRIM pula akan mengadakan program penanaman 51 batang pokok pelbagai spesies bersempena tahun ke-51 Hari Hutan Antarabangsa.
Tarikh 21 Mac diisytihar sebagai Hari Perhutan Sedunia yang kemudiannya ditukar kepada Hari Hutan Antarabangsa oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Antarabangsa (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Ismail berkata masyarakat harus bersama-sama menghayati peranan hutan meliputi tiga aspek iaitu pembangunan ekonomi negara seperti industri perkayuan, kestabilan alam sekitar, pengawalan perubahan iklim, bekalan air serta perkembangan sosioekonomi dan budaya.
"Negara kita komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus tanah negara adalah berhutan dan mempunyai litupan pokok. Ketika ini kita memiliki lebih 18.3 juta hektar atau kira-kira 55.3 peratus dari keluasan tanah negara yang merupakan kawasan hutan. Ini menunjukkan komitmen untuk mengekalkan kawasan hutan negara seperti yang termaktub dalam Dasar Perhutanan Malaysia (DPM) yang dilancarkan pada 21 Mac tahun lepas," katanya.
Sektor perhutanan amat penting kepada pembangunan ekonomi negara. Industri perkayuan, contohnya telah menyediakan lebih 300,000 peluang pekerjaan kepada penduduk dan menyumbang kepada nilai ekspot negara lebih RM22 bilion.
Bertemakan 'Forests and sustainable production and consumption' atau 'Hutan dan pengusahasilan dan penggunaan secara mampan', FRIM juga komited dalam pelbagai usaha kajian bagi membantu dan menambah baik kaedah pengurusan hutan secara berkekalan antaranya penggunaan sumber hutan yang optimum seperti penggunaan sumber kayu yang efisien untuk perabot.
"Kajian dilaksanakan FRIM dalam memastikan aspek perhutanan dijaga dengan baik adalah menerusi pemulihan semula kawasan hutan terosot dengan spesies-spesies dan teknik yang sesuai. Selain itu, melaksanakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang diketuai oleh KeTSA melalui JPSM dan melibatkan FRIM, Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Perhutanan Sabah, Yayasan Hijau Malaysia serta agensi-agensi lain.
"Dalam kempen ini, FRIM mengetuai satu daripada jawatankuasa kempen, iaitu Jawatankuasa Teknikal Penanaman Pokok," katanya dan menambah sejak pelancaran kempen tersebut pada 5 Jan 2021, sebanyak 27.7 juta pokok telah ditanam oleh pelbagai pihak di seluruh negara.
Mengulas kajian penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan untuk memastikan pengusahasilan dan penggunaan hasil hutan secara mampan dan berkekalan, Ismail menjelaskan kajian FRIM adalah berkaitan kaedah pengusahasilan, pemprosesan dan penggunaan optimum sumber bahan mentah.
"Antara penyelidikan FRIM adalah membangunkan teknologi dan menyediakan penyelesaian untuk menyokong dan memastikan pengurusan mampan sumber dan perkhidmatan ekosistem hutan asli, bandar dan tujuan rekreasi ataupun ekopelancongan. Selain itu, FRIM turut membangunkan teknologi dan produk berasaskan sumber kepelbagaian biologi hutan dan ladang herba untuk industri berkaitan melalui pendekatan bioteknologi," katanya.
FRIM turut menjalankan penyelidikan sosioekonomi dan analisis strategik mengenai isu-isu perhutanan dan alam sekitar untuk pembangunan negara.
"FRIM juga menyedia dan membangunkan pengetahuan saintifik yang penting bagi melindungi biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem di Malaysia untuk pengurusan bijak dan penggunaan yang mampan," katanya.
Menyentuh harapan FRIM, Ismail menzahirkan hasrat agar masyarakat dapat menjaga hutan dengan mengelak daripada melakukan perbuatan vandalisme ketika memasuki kawasan hutan lipur dan melakukan pencerobohan kawasan hutan atau aktiviti di kawasan hutan tanpa kebenaran pihak berkuasa.
"Nikmati peranan hutan dengan berhemah dan hargainya. Industri ekopelancongan semakin penting dalam aspek sosioekonomi dan alam sekitar. Masyarakat harus peka dan sedar mengenai kepentingan perhutanan, pemeliharaan dan pemuliharaannya demi kesejahteraan dan kestabilan alam sekitar," katanya dan menambah banyak faedah dapat diperoleh menerusi hasil hutan dan FRIM juga tersenarai dalam 10 destinasi tempat perlu dilawati di Selangor.
Mengenai pembukaan semula sempadan negara 1 April ini, FRIM menjangkakan pertambahan pengunjung ke destinasi itu seperti sebelum pandemik COVID-19 yang pernah merekodkan lebih satu juta pengunjung setahun termasuk pelawat dari luar antaranya Jepun, Australia dan negara-negara Eropah, namun pihak FRIM telah mengehadkan pengunjung kepada kira-kira 500,000 orang setahun bagi memastikan persekitarannya terjaga dengan baik.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 20 2022
FRIM akan terus mengembangkan lagi kepakaran institut itu ke peringkat antarabangsa terutama ke negara-negara tropika.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [5 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Farhan Hakimi
- Perkembangan banjir di Sabah & Sarawak
- Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
- Tambang percuma untuk pengguna KTM Komuter 10 & 11 Feb ini
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Sabah & Sarawak
- Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
- Tambang percuma untuk pengguna KTM Komuter 10 & 11 Feb ini
#AWANIpagi #AWANInews
“Amerika akan ambil alih Semenanjung Gaza dan urus dengan baik,” kata Donald Trump
"Kami akan mencipta pembangunan ekonomi yang akan menyediakan peluang pekerjaan dan perumahan tanpa had kepada penduduk di kawasan itu."
Pasca Perang Syria: Presiden Syria sasar pulih hubungan dengan A.S
Presiden interim Syria, Ahmed al-Sharaa, menyatakan bahawa kerajaan pimpinannya bercadang untuk memulihkan hubungan dengan Amerika Syarikat dalam masa terdekat tetapi belum mengadakan sebarang perhubungan dengan pentadbiran Trump.
Fasa ujian, pentauliahan ECRL bermula Jun 2026
Ia bertujuan memastikan kesediaan sistem ECRL dapat berfungsi dengan baik dan lancar sebelum ia beroperasi sepenuhnya.
Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai
Polis Selangor berjaya menyelesaikan tujuh kes penipuan di beberapa negeri termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa bagi membebaskan tahanan dari lokap dengan penahanan seorang lelaki warga tempatan, awal bulan lepas.
Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terpedaya penipuan pelaburan
Seorang pengarah syarikat kerugian RM2.1 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud di platfrom Digzax Exchanger.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki berusia 77 tahun itu tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang ditemui menerusi iklan di laman Facebook pada Ogos tahun lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki berusia 77 tahun itu tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang ditemui menerusi iklan di laman Facebook pada Ogos tahun lalu.
Polis mohon bantuan kesan warga emas hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Taman Singa Baru, Sitiawan sejak 31 Januari lalu.
Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Mayat lelaki dijumpai dalam sebuah tangki simpanan air di Pelantar P5 Sungai Pinang Besar di Pulau Pangkor pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira 3.15 petang.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira 3.15 petang.
Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind
Gobind yakin bahawa kemajuan teknologi AI tidak akan menjadi ancaman kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data di rantau ini.
Malaysia perlu perbahasan konstruktif, bukan sensasi
Menurut Tharma Pillai, ini kerana sidang Parlimen dianggap amat penting bukan sahaja dalam konteks domestik, tetapi juga dalam situasi global,terutama peranan Malaysia yang kini menjawat jawatan Pengerusi ASEAN25.
Pasukan petugas ditubuh pantau, selenggara pokok teduhan di ibu negara
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membentuk pasukan petugas dalam waktu terdekat untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara.
Pekerja rencam berdepan hukuman gantung, didakwa edar syabu RM19 juta
Seorang pekerja rencam berdepan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup selepas dihadap ke Mahkamah Majistret atas tuduhan mengedar dadah jenis syabu di Padang Besar.
Penemuan 528 kg dadah di Padang Besar bukan dalam kawasan FRIM
Penemuan dadah jenis syabu seberat 528 kilogram (kg) bernilai RM19 juta di Padang Besar yang dilaporkan media pada 15 Jan lepas, bukan berada di dalam kawasan FRIM.
Transformasi industri buluh perlu dilakukan secara holistik - Fadillah
Fadillah berkata Malaysia mempunyai lebih kurang 70 spesies buluh, dan 45 daripada spesies berkenaan merupakan spesies tempatan yang tumbuh secara semula jadi di kawasan hutan.
FRIM dokumentasi pengetahuan tradisi tumbuhan ubatan, elak 'legasi' pupus
FRIM telah merekodkan 677 spesies tumbuhan ubatan termasuk 2,452 herbarium spesimen hasil dokumentasi pengetahuan tradisi Orang Asli.
Masuk percuma ke Taman Botani Kepong untuk warga emas bermula 21 Mac
Semua rakyat Malaysia berusia 60 tahun ke atas akan dikecualikan bayaran masuk ke Taman Botani Kepong (KBG) bermula 21 Mac 2023.
FRIM optimis kembangkan kepakaran ke peringkat antarabangsa
FRIM akan terus mengembangkan lagi kepakaran institut itu ke peringkat antarabangsa terutama ke negara-negara tropika.
Hutan bandar tangani kesan rumah hijau di bandar
Kawasan bandar merupakan penyumbang terbesar pembebasan gas karbon dioksida.
Kemarau panjang, suhu harian rendah faktor cetus fenomena pembungaan lebat
Fenomena didapati berlaku pada selang waktu tidak teratur antara satu hingga 10 tahun dan direkodkan berlaku sebanyak tujuh kali.
Penjagaan, pengurusan pokok di kawasan bandar perlu penglibatan semua pihak
Fungsi sebenar pokok-pokok di bandar tidak hanya berkisar sebagai elemen hiasan atau bersifat kosmetik semata-mata.