KUALA LUMPUR: Kawasan bandar merupakan penyumbang terbesar pembebasan gas karbon dioksida yang menjadi punca utama kesan rumah hijau, justeru adalah penting untuk mewujudkan hutan bandar bagi menangani masalah ini.
Ketua Program Eko Pelancongan dan Hutan Bandar, Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Ahmad Azaruddin Mohd Noor berkata usaha pemuliharaan dan penanaman pokok melalui konsep hutan bandar, perlu sentiasa diteruskan dan diperluaskan termasuk di kawasan perumahan dan pembangunan baharu.
"Hutan bandar memainkan peranan dari segi ekologi dan fungsi dalam membina suasana alam sekitar yang bersih dan selesa, untuk kesejahteraan manusia dan hidupan lain di bandar. Selain itu, hutan bandar juga turut berperanan meningkatkan kualiti struktur dan reka bentuk kawasan bandar serta mempertingkatkan nilai estetik landskap bandar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata hutan bandar adalah kawasan hijau yang menampung tumbuh-tumbuhan sama ada pokok sedia ada atau ditanam secara sistematik di persekitaran bandar, yang menyumbang kepada persekitaran hijau dan bersih, hidup yang sihat dan ceria serta menjadikan bandar tempat tinggal yang selesa.
Katanya hutan bandar membabitkan perancangan dan pengurusan yang merangkumi penanaman pokok yang sesuai di tapak yang sesuai dan tidak memerlukan keluasan tanah yang spesifik, kerana yang penting adalah ruang untuk menanam pokok
"Bagi menjamin kesesuaian penyediaan hutan bandar di sesuatu kawasan, pihak FRIM menawarkan khidmat nasihat, perundingan dan latihan berkaitan pengurusan serta penjagaan pokok kepada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta," katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Azaruddin berkata FRIM memiliki kepakaran termasuk ahli arboris yang bertauliah bagi tujuan memberi khidmat nasihat berkaitan pemilihan dan penanaman pokok, kaedah penjagaan mengikut amalan baik arborikultur serta penilaian risiko pokok.
"Sebelum ini banyak pokok eksotik luar negara dibawa masuk sebagai pokok hiasan landskap atau pokok teduhan, namun dalam usaha membawa pokok hutan ke dalam kawasan bandar pelbagai spesis tempatan boleh diketengahkan," katanya.
Beliau berkata penanaman hutan bandar dengan spesis tempatan seperti Meranti Temak Nipis, Merawan Siput Jantan, Jelutong, Damar minyak, Gelam, Pelawan, Geronggang, Kelat, Perupok dan Kayu Arang, sekali gus dapat mempromosikan kepentingan dan keunikan pokok hutan kepada masyarakat
Katanya ciri-ciri pokok yang ditanam bukan sahaja perlu dipilih daripada spesis yang sesuai, berupaya untuk tumbuh di persekitaran bandar yang kurang kondusif, malah pokok yang ditanam perlu diurus agar tidak mendatangkan risiko kepada orang ramai.
"Selain itu, pokok yang ditanam juga boleh menarik kehadiran hidupan liar seperti burung, serangga dan mamalia kecil, bagi mencipta suasana hutan di bandar," katanya.
Ahmad Azaruddin berkata, pokok hutan yang ditanam boleh dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar, mahupun orang ramai yang berminat untuk mengetahui khazanah hutan negara.
"Mereka dapat mengenali spesis pokok hutan yang wujud di negara ini yang merupakan antara negara yang mempunyai kepelbagaian spesis paling tinggi di dunia.
"Pokok hutan kita juga mempunyai keunikan tersendiri yang perlu dihayati dan hutan bandar mampu memberi peluang kepada penanaman pokok hutan daripada spesis hampir pupus atau spesis yang jarang dijumpai sebagai usaha pemuliharaan secara ex situ," katanya.
Beliau berkata lazimnya pengurusan dan penjagaan kawasan hutan bandar dijalankan pihak berkuasa tempatan (PBT), bertujuan memelihara dan meningkatkan kualiti alam semulajadi serta menyediakan kemudahan rekreasi kepada warga bandar khususnya.
Katanya mewujudkan kawasan hijau bandar kini bukan sahaja tanggungjawab PBT, tetapi juga komuniti bandar dan pihak swasta turut digalakkan menanam lebih banyak pokok di premis masing-masing.
"Sumber yang terhad ini amat penting untuk dilindungi dan dikekalkan supaya faedah dan peranannya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 23 2021

Usaha pemuliharaan dan penanaman pokok melalui konsep hutan bandar, perlu sentiasa diteruskan. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.

Hutan bandar tangani kesan rumah hijau di bandar
Kawasan bandar merupakan penyumbang terbesar pembebasan gas karbon dioksida.

Hari Wilayah: Jangan pinggir kawasan hijau di sebalik hutan konkrit
Masih terdapat kawasan terbiar yang boleh dibangunkan semula, berbanding meneroka kawasan hijau yang semakin suram di ibu negara ini.