KUALA LUMPUR: Semua rakyat Malaysia berusia 60 tahun ke atas akan dikecualikan bayaran masuk ke Taman Botani Kepong (KBG) bermula 21 Mac 2023.
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dalam kenyataan memaklumkan perkara itu diumumkan Ketua Pengarah FRIM Dr Ismail Parlan pada perasmian siri ceramah mengenai tanah lembap di galeri penyelidikan FRIM di sini hari ini.
Ismail turut mengumumkan bayaran masuk ke KBG akan dikecualikan kepada semua pengunjung pada sambutan hari berkaitan hutan dan alam sekitar terpilih seperti Hari Hutan Antarabangsa (IDF) pada 21 Mac, Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa (20 Mei); dan Hari Alam Sekitar Sedunia (5 Jun).
Sementara itu, menurut FRIM ceramah hari ini bersempena Hari Tanah Lembap Sedunia yang disambut setiap tahun pada 2 Februari, dihadiri oleh 30 peserta berusia antara lapan hingga 69 tahun.
Ceramah bertajuk 'No Wetlands, No Seafood?' itu menekankan kepentingan pemuliharaan tanah lembap.
Pakar hutan bakau FRIM Tariq Mubarak Husin dalam ceramah itu membincangkan keperluan pemuliharaan tanah lembap untuk kesinambungan manfaat daripada perkhidmatan ekosistem ini, bukan hanya bagi keselamatan makanan, tetapi juga perlindungan pantai, pencegahan hakisan, kawalan banjir, penyimpanan karbon, sumber mata pencarian dan ekopelancongan.
Ceramah hari ini ialah sesi pertama daripada beberapa siri oleh penyelidik FRIM tahun ini.
Sesi seterusnya akan diadakan sempena IDF pada Mac ini; Hari Bumi (April); Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa (Mei); dan Hari Kelip-Kelip Sedunia (Julai).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 19 2023

Semua rakyat Malaysia berusia 60 tahun ke atas akan dikecualikan bayaran masuk ke Taman Botani Kepong (KBG) bermula 21 Mac 2023. - Bernama
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Masuk percuma ke Taman Botani Kepong untuk warga emas bermula 21 Mac
Semua rakyat Malaysia berusia 60 tahun ke atas akan dikecualikan bayaran masuk ke Taman Botani Kepong (KBG) bermula 21 Mac 2023.