Program Food Bank Siswa yang dilaksanakan di 10 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) telah memberi manfaat kepada kira-kira 3,740 pelajar dalam usaha meringankan beban kos sara hidup pelajar sejak ia dilancarkan pada 15 Feb lepas.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Muez Abd Aziz berkata, program berkenaan juga mendapat kerjasama daripada 40 pemilik atau pengusaha pasar raya di seluruh negara bagi menyalurkan bekalan makanan untuk pelajar.
"Program Food Bank Siswa ini merupakan kesinambungan Program Food Bank Malaysia yang dilancarkan di peringkat kebangsaan pada 22 Dis tahun lepas untuk membantu pelajar daripada golongan keluarga B40.
"Kami menyasarkan sehingga hujung tahun ini, Program Food Bank Siswa akan dapat dilaksanakan di semua IPTA di negara ini dan kerajaan sememangnya prihatin dengan golongan pelajar keluarga berpendapatan rendah agar mereka lebih fokus pada pembelajaran dan menjadi pelajar cemerlang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Food Bank Siswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini, pada Rabu.
Food Bank Siswa UTeM adalah yang ke-11 selain di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Turut hadir Naib Canselor UTeM Prof Dr Raha Abdul Rahim, Pengarah KPDNHEP Melaka Jaiya Abu dan Ketua Pegawai Eksekutif Food Bank Malaysia Ab Wahab Long.
Mengulas lanjut, Muez berkata program Food Bank Siswa dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu food pantry (pantri makanan) penyimpanan barang makanan kering di satu bilik yang sesuai untuk diagihkan manakala central kitchen yang sumbangan makanan dimasak dan diagihkan kepada pelajar yang layak menerima bantuan itu.
Beliau berkata, inisiatif berkonsepkan 'daripada pelajar kepada pelajar' itu akan diuruskan oleh persatuan pelajar universiti terlibat agar mereka dapat bersama-sama membantu golongan memerlukan dan memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan pelajar.
Dalam pada itu, katanya program Food Bank Malaysia pula telah memberi manfaat kepada 177,245 isi rumah sejak ia dilancarkan pada 22 Dis tahun lepas sehingga Mei lalu dan sebanyak 1,424 metrik tan lebihan makanan dapat dielak daripada dibazirkan.
Sementara itu, Raha berkata buat permulaan program Food Bank Siswa UTeM memberi manfaat kepada kira-kira 70 pelajar universiti itu dan jumlah tersebut dijangka meningkat daripada semasa ke semasa dan sekurang-kurangnya 200 pelajar yang layak akan menerima bantuan itu menjelang akhir tahun ini.
Beliau berkata pelajar yang layak akan dikenal pasti Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan program Food Bank Siswa UTeM dilaksanakan menerusi kaedah food pantry. -- Bernama
Bernama
Thu Jul 04 2019

Gambar fail dua penuntut UTM mendapatkan makanan di Bank Makanan Siswa UTM pada 15 April lalu. - BERNAMA

13 warga Nepal diberkas cuba cetus rusuhan selepas rakan maut kes langgar lari
Seramai 1,000 pekerja sebuah kilang turun ke tempat kejadian dan berkumpul di jalan raya sehingga menghalang lalu lintas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [15 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
BNPL banyak perangkap hutang, promosi jualan dan kontrak tidak jelas
Sultan Pahang ajak syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup
Papar harga ubat boleh beri akses maklumat kepada pengguna
BNPL banyak perangkap hutang, promosi jualan dan kontrak tidak jelas
Sultan Pahang ajak syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup
Papar harga ubat boleh beri akses maklumat kepada pengguna

Nasi kerabu lemak daging bakar, tarikan baharu penggemar makanan tradisional Kelantan
Kini gabungan unik nasi kerabu bersama lemak daging bakar kian mencuri perhatian penggemar makanan tradisional di Kelantan.

Kerajaan China tegaskan komitmen terhadap penyatuan semula dengan Taiwan
Zhao berkata dasar China terhadap Taiwan adalah penting dalam mengekang pemisahan, menangani campur tangan luar, mempertahankan kedaulatan serta integriti wilayah negara.
AWANI Pagi: Tinggalkan kerja gaji lumayan untuk jaga ibu sakit
AWANI Pagi bertemu dengan seorang pemuda bernama Alif Rosehaizad yang sebelum ini mempunyai pekerjaan bergaji besar, namun meninggal semua impiannya seketika demi menjaga ibunya yang kini terlantar sakit di rumah. Ikuti kisah pengorbanan pemuda yang berhati mulia ini.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

3 rumah terbakar awal pagi, warga emas rentung
Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Md Aris Samar, 84, ditemukan rentung di tingkat atas salah sebuah rumah terbabit.

Gencatan senjata Ukraine: Rundingan wakil Amerika dengan Putin baik, produktif - Trump
Rundingan yang sangat baik itu, kata Presiden AS, memberi "peluang untuk perang yang dahsyat dan berdarah berakhir."

Peguam dakwa Duterte ‘diculik’ dan terlalu uzur untuk beri keterangan di ICC
Doktor mahkamah pula sahkan Duterte "sepenuhnya waras secara mental dan layak" untuk meneruskan perbicaraan.

Menteri agama santuni komuniti Ar-Riqab, martabat kebajikan dan ukhuwah Islamiah
Program itu bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim dan menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf serta mereka yang memerlukan.

AirAsia komited perkasa lebih banyak kerjasama dalam arena sukan negara
Syarikat penerbangan tambah murah itu akan cuba menyokong bakat tempatan dalam e-Sukan, UFC yang sudah berada dalam perancangan .

Program Food Bank Siswa beri manfaat kepada pelajar
Susulan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, kerajaan memutuskan untuk meluaskan Program Food Bank Malaysia ke semua universiti.

Food Bank Siswa di 10 IPTA beri manfaat kepada 3,740 pelajar
Program itu juga mendapat kerjasama daripada 40 pemilik atau pengusaha pasar raya di seluruh negara bagi menyalurkan bekalan makanan untuk pelajar.