KUALA LUMPUR: Beberapa unit kediaman di Flat Sri Johor, Cheras di ibu negara dilaporkan musnah dalam kebakaran malam ini.
Anggota Bomba dan Penyelamat dilaporkan sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran itu pada masa ini.
Visual yang dikongsikan netizen di laman sosial beberapa unit rumah di sebua blok flat tersebut yang sedang dijilat api.
"Flat Sri Johor, Cheras terbakar. Harap semuanya selamat (Hopefully everyone is safe)", kata pemilik akaun Twitter, Biel atau Nabilah Mat Som.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ciapan terbaharu di Twitternya dilaporkan sudah berada di lokasi kebakaran.
"Saya dalam perjalanan ke sana dan mohon doa seluruh #KeluargaMalaysia untuk penduduk Flat Sri Johor," kata beliau.
Kru Astro AWANI sudah berada di lokasi kebakaran untuk perkembangan lanjut insiden itu.
Astro Awani
Sun Dec 19 2021
Visual yang dikongsikan netizen di laman sosial beberapa unit rumah di salah sebuah blok flat tersebut dijilat api. - Gambar Twitter/@nabilahmatsom
Lebih 3,000 penuntut IPTA terjejas banjir - Zambry
Sebanyak 3,029 penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) terjejas akibat banjir setakat ini dengan 481 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Sarawak E-Sport Expo 2024 tarik minat peserta Asia Tenggara
Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yakin e-sukan berpotensi memberi sumbangan positif kepada perkembangan sukan selain industri kreatif di wilayah itu.
RECODA, KKM santuni warga emas Kapit
Dalam usaha memperkasakan warga emas, Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) mengadakan Program Sarawak Rehab Hub: MYHOeME For Healthy Aging di Kapit.
Jabatan pengairan dan saliran Sarawak dipecah dua
Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini adalah komitmen sarawak untuk menjadi negeri jelapang padi sekali gus mengurangkan tahap kebergantungan kepada beras import.
Sarawak perkukuh hubungan dengan Peru, Mexico
Sarawak memperkukuh hubungan dua hala dengan Peru dan Mexico menerusi kunjungan hormat duta besar dua negara itu ke atas Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya pada Jumaat.
UNIMAS dijangka tandatangani MoU bersama univeriti di Peru
Duta Besar Republik Peru ke Malaysia, Ricardo Estanislao Morote Canales berkata kerjasama itu akan memberi tumpuan kepada tiga aspek biodiversiti, tenaga boleh diperbaharui dan penyakit tropika.
Sabah laksana dasar 30 peratus kuota bumiputera dalam sektor perumahan swasta
Kerajaan Sabah akan melaksanakan dasar baharu 30 peratus kuota bumiputera dalam sektor perumahan swasta bagi memastikan dasar 30 peratus kuota Bumiputera ini mendatangkan manfaat optimum kepada pembeli berstatus bumiputera.
Fragmen haiwan eksotik bernilai RM15 juta dirampas
Tanduk rusa, tanduk kijang dan kepala burung kenyalang antara fragmen hidupan liar eksotik yang dirampas Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam satu operasi khas di Miri.
Banjir kilat undang kesesakan lebuh raya di Brunei
Hujan lebat menyebabkan banjir kilat di sepanjang bahagian Lebuhraya Tutong di Brunei pada petang Khamis, menyebabkan kesesakan lalu lintas bagi penumpang yang menuju ke Bandar Seri Begawan,
Banjir Kedah: Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim ditutup
Malaysia Airport telah mengumumkan menutup landasan terbang di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah.
Kebakaran Flat Sri Johor: Bomba masih siasat punca kejadian
Kebakaran yang berlaku tidak melibatkan mangsa dan kerja-kerja overhaul sedang dijalankan.
Bantuan RM1,000 untuk setiap mangsa kebakaran Flat Sri Johor - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pihak DBKL akan menyediakan kediaman baru untuk mangsa yang terlibat.
Flat Sri Johor, Cheras dijilat api
Anggota Bomba dan Penyelamat dilaporkan sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran itu pada masa ini.