KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) menyasarkan untuk mengeluarkan sejumlah 75,000 tan makanan haiwan pada tahun ini berbanding 40,000 tan pada tahun lepas bagi menampung peningkatan permintaan ke atas daging lembu, kambing, arnab serta ayam.
Kumpulan itu menerusi anak syarikatnya, FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd (FGVIF), juga telah melancarkan Alma -- jenama makanan haiwan berkualiti tinggi yang menggunakan isirung sawit (PKC) pada Mac tahun lepas dalam usaha pengembangan perniagaan makanan haiwan yang berkhasiat.
Bercakap kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri FGV di sini, Ketua Perladangan Bersepadu Abdul Razak Aya berkata makanan haiwan jenama Alma yang menggunakan isirung sawit itu juga 20-30 peratus lebih murah berbanding produk lain.
"Kita dapati ada penternak telah mula menukar bahan makanan untuk binatang ternakan mereka kepada produk Alma. Oleh itu, kita menyasarkan untuk mengeluarkan sehingga 125,000 tan makanan ternakan menjelang 2024," katanya.
"Kandungan serat dalam dedak PKC adalah tinggi dan tidak sesuai untuk ayam. Namun, ada teknologi tertentu yang sedang kita usahakan bagi membolehkannya sesuai sebagai makanan ayam," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mohd Nazrul Izam Mansor berkata FGV berhasrat untuk berkembang melangkaui segmen perladangan bagi mewujudkan rantaian nilai sepenuhnya.
"FGV mempunyai penternak dan ladang Felda serta mahu membantu meningkatkan lagi produktiviti di ladang-ladang ini bagi mengurangkan kos penternakan," katanya.
Ditanya sama ada Malaysia mampu berdikari dari segi makanan haiwan, beliau berkata ini tidak mustahil memandangkan skala terbabit masih kecil.
Kerajaan sebelum ini berkata PKC dan usaha penanaman jagung akan menjadi alternatif kepada makanan ayam di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022
![FGV sasar hasilkan 75,000 tan makanan haiwan tahun ini FGV sasar hasilkan 75,000 tan makanan haiwan tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51611302665_WismaFGV.jpg)
FGV mempunyai penternak dan ladang Felda serta mahu membantu meningkatkan lagi produktiviti di ladang-ladang ini bagi mengurangkan kos penternakan. - Foto fail
Remaja bunuh tiga kanak-kanak di Southport didakwa
Remaja lelaki didakwa membunuh tiga kanak-kanak dalam serangan pada Isnin di Southport didakwa pada Khamis.
Tiga suspek serangan WTC New York, Pentagon mengaku bersalah
Tiga lelaki yang dituduh merancang melakukan serangan pada 11 September bersetuju untuk mengaku bersalah lapor New York Times yang memetik pegawai Pentagon.
Cuaca panas di Shanghai, suhu cecah 40 darjah celsius
Biro meteorologi Shanghai mengeluarkan amaran merah pertamanya untuk gelombang haba pada Khamis apabila suhu di hab kewangan China itu meningkat kepada 40 darjah celsius.
Anggota tentera giat bina jambatan besi di Wayanad
Anggota tentera India bertungkus lumus menyegerakan pembinaan jambatan besi bagi menghubungkan kawasan yang terjejas teruk akibat tanah runtuh di Wayanad, Kerala India.
Malaysia antara 10 destinasi mesra kripto
Ini susulan pembentukan bakat tempatan, serta kos untuk mengambil pekerja tempatan adalah lebih kompetitif berbanding dengan negara jiran.
Malaysia perkenal sistem pemberitahuan pelanggaran data cegah penipuan
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, pemberitahuan itu mesti dikemukakan oleh pengguna data yang mengalami insiden kebocoran data peribadi, termasuk ancaman penggodaman.
Pindaan tidak beri kuasa mutlak kepada pegawai AADK
Ujian dan perakuan daripada pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar masih diperlukan dalam proses mendapatkan perintah rawatan serta pemulihan ke atas penagih dadah di bawah pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
Ketua sayap tentera Hamas terbunuh di Gaza
Ketua sayap tentera Hamas, Mohammed Deif, terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza bulan lalu, kata tentera Israel hari ini, sehari selepas pemimpin politik kumpulan itu dibunuh di Tehran.
Kerajaan setuju buka semula kertas siasatan kematian Teoh Beng Hock
Kerajaan bersetuju untuk pihak polis membuka semula kertas siasatan terkait kematian mendiang Teoh Beng Hock.
Zii Jia mara ke suku akhir, benam cabaran Popov
Pilihan ketujuh kejohanan itu menewaskan pemain tuan rumah, Toma Junior Popov dengan keputusan ‘straight set’, 21-13 dan 24-22.
![FGV lancar Rangka Kerja Kelestarian, raih manfaat jangka panjang FGV lancar Rangka Kerja Kelestarian, raih manfaat jangka panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721041521_TBFGV.jpg)
FGV lancar Rangka Kerja Kelestarian, raih manfaat jangka panjang
FGV Holdings Bhd (FGV) melancarkan Rangka Kerja Kelestarian terbaharu yang diperkasa, sekali gus mengorak langkah ke arah komitmen berterusan FGV terhadap agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus.
![Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711693086_TBkesrasuahIsa.jpg)
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
![Keuntungan bersih FGV turun kepada RM103 juta bagi tahun kewangan 2023 Keuntungan bersih FGV turun kepada RM103 juta bagi tahun kewangan 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662000358_TBFGV.jpg)
Keuntungan bersih FGV turun kepada RM103 juta bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan perniagaan perladangan sebelum zakat dan cukai merosot daripada RM2.12 bilion kepada RM294.82 juta.
![Syarikat milik FGV dianugerah RM12.6 juta kes tamat kontrak bina rumah pekerja Syarikat milik FGV dianugerah RM12.6 juta kes tamat kontrak bina rumah pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704869482_TBFGV.jpg)
Syarikat milik FGV dianugerah RM12.6 juta kes tamat kontrak bina rumah pekerja
AIAC memutuskan Multazam Development membayar FGV Plantations RM12.52 juta.
![FGV bayar balik RM72.2 juta yuran pengambilan kepada 19,673 pekerja migran FGV bayar balik RM72.2 juta yuran pengambilan kepada 19,673 pekerja migran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704869482_TBFGV.jpg)
FGV bayar balik RM72.2 juta yuran pengambilan kepada 19,673 pekerja migran
FGV membayar balik yuran pengambilan berjumlah RM72.2 juta kepada 19,673 pekerja migrannya dalam usaha menangani Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS.
![FGV komited sokong agenda keselamatan makanan negara FGV komited sokong agenda keselamatan makanan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71656341524_TBFGV.jpg)
FGV komited sokong agenda keselamatan makanan negara
Razak berkata sekiranya semua petani dapat menggandakan hasil, negara tidak perlu lagi bergantung kepada import.
![LZS kutip RM562 juta zakat setakat Julai tahun ini LZS kutip RM562 juta zakat setakat Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/81585723936_zakatselangor.jpg)
LZS kutip RM562 juta zakat setakat Julai tahun ini
Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat berjumlah RM562 juta sehingga Julai tahun ini, dengan RM89 juta daripadanya merupakan zakat perniagaan.
![FGV di landasan capai 50 peratus dapur isi rumah Malaysia guna jenama makanannya pada 2030 FGV di landasan capai 50 peratus dapur isi rumah Malaysia guna jenama makanannya pada 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662000358_TBFGV.jpg)
FGV di landasan capai 50 peratus dapur isi rumah Malaysia guna jenama makanannya pada 2030
Saji dinobatkan sebagai 'Jenama Terunggul dengan Pertambahan Pembeli Terbanyak pada 2022' oleh Kantar.
![1.3 juta hektar tanaman sawit di Malaysia miliki MSPO - Fadillah 1.3 juta hektar tanaman sawit di Malaysia miliki MSPO - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686989044_TBtanamansawit.jpg)
1.3 juta hektar tanaman sawit di Malaysia miliki MSPO - Fadillah
1.3 juta hektar tanaman sawit di negara ini telah dipersijilkan dengan MSPO, 661,844.12 hektar daripadanya milik pekebun kecil persendirian.
![FGV lantik semula Shahrol Anuwar sebagai pengerusi interim FGV lantik semula Shahrol Anuwar sebagai pengerusi interim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680353735_TBshahrolanuwarsarm.jpg)
FGV lantik semula Shahrol Anuwar sebagai pengerusi interim
Shahrol Anuwar akan mengambil alih peranan baharu itu sehingga pelantikan pengerusi baharu oleh Pemegang Saham Khas FGV.