KUALA LUMPUR: Pelarian etnik Rohingya mencatatkan jumlah pemohon suaka tertinggi di Malaysia ketika ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, berdasarkan statistik Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sehingga Disember 2022 lalu menunjukkan seramai 14,349 individu daripada etnik tersebut telah membuat permohonan itu.
Selain itu katanya, kumpulan berkenaan juga merekodkan jumlah pelarian paling ramai berada di negara ini.
“Pelarian dan pemohon suaka daripada negara Myanmar adalah merupakan golongan tertinggi yang berada dalam negara iaitu sebanyak 158,165 orang (86.43 peratus) dengan majoritinya adalah terdiri daripada etnik Rohingya, Myanmar iaitu sebanyak 106,129 orang (67.10 peratus) yang melibatkan seramai 91,780 (86.48 peratus) pelarian dan 14,349 (13.52 peratus) pemohon suaka,” katanya melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH - Bukit Bendera) yang memintanya menyatakan bilangan etnik Rohingya atau pelarian dan pemohon suaka yang berdaftar dengan UNHCR.
Amirzan dalam masa sama turut menjelaskan, secara keseluruhan seramai 182,990 pelarian dan pemohon suaka di Malaysia dari 59 negara direkodkan setakat Disember lalu.
Pada Selasa, Peguam, Norman Fernandez menegaskan pelarian Rohingya tidak sepatutnya mendapat layanan istimewa, sebaliknya perlu mendapat lebih kecaman susulan sikap mereka yang biadab dan tidak mematuhi undang-undang sedia ada di negara ini.
Ujarnya, kerajaan perlu bertegas kerana etnik tersebut didakwa telah naik ‘tocang’ dan mula menganggap bahawa mereka adalah tuan rumah atau penduduk tetap di negara ini.
Sinar Ahad melaporkan Merhom menggesa supaya aktiviti xenofobia dan kempen kebencian terhadap pelarian Rohingya di negara ini dihentikan.
Presidennya, Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, pihaknya telah menerima banyak laporan jenayah kebencian daripada mangsa pelarian Rohingya termasuk kes langgar lari dan serangan fizikal. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 29 2023

Seramai 14,349 individu daripada etnik Rohingya telah membuat permohonan suaka di Malaysia. -Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

196 etnik Rohingya ditahan di Pantai Teluk Yu
Polis menahan 196 etnik Rohingya yang telah mendarat di kawasan Pantai Teluk Yu, Langkawi, awal pagi tadi.

60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar
Berikutan konflik yang semakin meruncing antara kerajaan junta dan Tentera Arakan di Myanmar, kira-kira 60,000 pelarian Rohingya dilaporkan memasuki Bangladesh dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.

Rohingya: Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap ketua junta Myanmar
Permohonan itu berdasarkan pelbagai bukti daripada pelbagai sumber seperti keterangan saksi, bukti dokumentari serta bahan saintifik, fotografi, dan video yang disahkan.

ASEAN 2025 akan bukti kebijaksanaan diplomasi Malaysia kepada dunia
Malaysia harus memanfaatkan peluang menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dengan baik agar dunia dapat melihat kebijakan diplomasi yang diamalkan di negara ini.

Lelaki Rohingnya hidap tibi lolos Depot Tahanan Imigresen Ajil diburu
Menurut Deputi Superitenden Zainul Mujahidin, suspek melarikan diri dengan memanjat siling bilik pengasingan.

Lelaki Rohingya didakwa bunuh isteri, dua anak
Seorang lelaki Rohingya dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas pertuduhan membunuh ahli keluarganya dan kesalahan dadah, minggu lalu.

PBB desak henti keganasan di Myanmar sempena ulang tahun pengusiran Rohingya
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat menyeru agar keganasan di Myanmar dihentikan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Sebabkan kematian rakan: Lelaki Rohingya tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Seorang lelaki Rohingya yang sebelum ini mengaku menyebabkan kematian rakan senegaranya tujuh tahun lepas, hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini.

Dua beranak melecur disimbah petrol, dibakar di Cheras
Dua beranak melecur selepas dua lelaki warga asing menyimbah petrol dan membakar mereka di padang permainan, Kampung Baru Cheras, di sini, Sabtu lalu.

Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.