SEREMBAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Presiden Recep Tayyip Erdogan menyarankan agar Malaysia dan Turki mencari jalan serta menjalin kerjasama dalam menangani isu Islamofobia.
Anwar berkata, Erdogan memaklumkan perkara itu kepada beliau ketika mereka bercakap di telefon tiga hari lepas.
"Beliau memang kerap telefon, kurang-kurang sebulan sekali, cakap pelbagai hal, hal keluarga, sembang-sembang... dan beliau cadangkan kami berdua cari jalan untuk tingkatkan usaha jadi benteng melawan serangan Islamofobia, beliau tak suruh Pas, dia lagi tak kenal Presiden Bersatu.
"Dia cadang kita buat, jadi saya kata boleh, saya minta dia siapkan jentera, cadangan dan beliau minta jumpa di New York ketika Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dijadualkan pada September ini, " katanya ketika berucap pada Jelajah Perpaduan MADANI Negeri Sembilan, di sini, malam tadi.
Perdana Menteri berkata, ini berikutan nama Malaysia diangkat kedudukannya di mata dunia dan yakin dengan keupayaan negara untuk turut serta dan menjadi benteng serangan Barat termasuk dalam isu pembakaran al-Quran.
Beliau berkata, Malaysia bersikap tegas dalam perkara itu selain tidak mengizinkan penghinaan ke atas mana-mana agama dalam negara.
"Apa kita buat (dalam kes pembakaran al-Quran), yang pertama, kita bantah... Menteri Luar (panggil Duta Sweden) bagi ingatan... ini kerja biadab. Kita arahkan sejuta naskhah al-Quran kita diedar ke seluruh dunia dan 15,000 naskhah dalam Bahasa Sweden kita hantar ke Sweden, itu cara kita balas (perbuatan membakar al-Quran) kepada mereka," katanya.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga berkata, tempoh kempen PRN yang melibatkan kerjasama PH serta UMNO dan kini memasuki babak akhir merupakan percubaan baharu bagi menguatkan semangat perpaduan demi menyelamatkan negara serta mengangkat semula Malaysia sebagai negara hebat di mata dunia.
"Dalam rundingan antara PH dan UMNO, kita putuskan pertama, (hormati) prinsip Perlembagaan, PH setuju UMNO lebih lagilah, kita nak selamatkan negara ini dan membawa perubahan... kalau nak angkat martabat orang Melayu dan lain-lain, jadikan Malaysia negara ulung di Asia Tenggara.
"Kita kena anjak cara lama kepada cara baharu, dan ini yang kita lakukan," katanya yang turut menyeru pengundi memilih calon yang diketengah oleh parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan agar kaum lain berasa selamat dan tidak diketepikan oleh mana-mana pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023
Anwar ketika mengadakan pertemuan dengan Erdogan di Ankara pada Februari 2023. - Gambar fail/Facebook Anwar Ibrahim
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
Turkiye sambut ulang tahun ke-101, perkukuh hubungan erat dengan Malaysia
Kedutaan Turkiye di Malaysia menganjurkan majlis resepsi pada Selasa malam bagi meraikan ulang tahun ke-101 republik itu.
[TERKINI] 5 maut, 22 cedera serangan pengganas ke atas Turkish Aerospace Industries
Dua pengganas yang menyerang kemudahan Turkish Aerospace Industries (TAI) di Ankara telah "ditewaskan."
Presiden Turkiye kecam serangan Turkish Aerospace Industries
Serangan ke atas TAI "mensasarkan kelangsungan negara kita" kata Presiden Erdogan.
Erdogan ucap takziah atas kematian pemimpin Hamas Yahya Sinwar
Erdogan sifatkan pemimpin dan anggota pejuang Hamas yang syahid, sebagai legenda perjuangan Palestin.
Presiden Turkiye kecam kehadiran Perdana Menteri Israel di PBB
Recep Tayyip Erdogan menyifatkan kehadiran Benjamin Netanyahu sebagai 'memalukan'.
Erdogan kecam UNSC kerana gagal hentikan perang di Gaza
Recep Tayyip Erdogan mengkritik UNSC kerana gagal menghentikan apa yang disifatkannya sebagai "genosid" di Semenanjung Gaza.
Turkiye akan terus tingkatkan tekanan ke atas Israel - Presiden Erdogan
Erdogan maklumkan kepada Presiden Mahmoud Abbas, Turkiye akan terus sokong perjuangan Palestin.
Turkiye isytihar hari berkabung selepas kematian Ismail Haniyeh
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata hari berkabung itu juga sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.
Gaza telah jadi ‘kem penghapusan terbesar dunia’ - Presiden Turkiye
Kekejaman dan barbarisme Israel dihentikan dengan segera, sebelum terlambat, tegas Erdogan.
Turkiye mungkin masuki Israel untuk bantu rakyat Palestin - Erdogan
"Kita mesti kuat supaya Israel tidak boleh melakukan perkara yang tidak masuk akal ini kepada Palestin."