"Pemimpin dan organisasi Barat yang tugasnya memastikan keselamatan antarabangsa hanya menyaksikan kekejaman ini dari jauh selama hampir 300 hari," kata Erdogan dalam satu ucapan di ibu negara Ankara.
"Berapa ramai lagi kanak-kanak perlu mati untuk melihat bahawa dasar pencerobohan Israel membahayakan seluruh rantau ini? Lihat, ini bukan jalan yang boleh diteruskan," katanya lagi.
Presiden Turkiye itu juga menyeru supaya "kekejaman dan barbarisme Israel dihentikan dengan segera, sebelum terlambat."
Beliau berkata Israel adalah satu-satunya negara di rantau ini yang mendapat keselamatannya melalui "pencerobohan, pembunuhan beramai-ramai dan perampasan tanah," bertindak seperti "organisasi pengganas."
"Israel yang tidak mengamalkan undang-undang ini adalah ancaman bukan sahaja kepada Palestin dan Lubnan tetapi kepada seluruh umat manusia, kepada seluruh dunia pada ketika ini," kata Erdogan. - BERNAMA