Ringkasan AI
- Elaun PLKN 3.0 Kekal: Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN 3.0) yang akan bermula Januari ini, walaupun ada cadangan untuk menaikkannya.
- Tempoh Program: PLKN 3.0 akan berlangsung selama 45 hari di dalam kem tentera, dan insiden buli serta provokasi dijangka dapat dielakkan kerana tempoh program yang singkat.
- Latihan Percubaan: Sebelum pelaksanaan penuh, Latihan Percubaan PLKN 3.0 akan diadakan selama 14 hari bermula 12 Januari tahun depan, melibatkan 200 pelatih lelaki secara sukarela.
Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata setakat ini belum ada keperluan untuk menaikkan kadar elaun tersebut.
"Setakat ini (RM8) kita kekal, program itu belum bermula. Jadi biarlah mula dulu," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek di bawah Program Kampung Angkat Madani - Mindef di Balai Raya Kampung Baru Pasak di sini hari ini.
Pada Khamis lepas, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Keselamatan dilaporkan membentangkan laporan berkaitan PLKN 3.0 termasuk mengesyorkan kadar elaun peserta dinaikkan ke RM50 sehari.
Dalam pada itu, Mohd Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata insiden buli dan provokasi antara peserta PLKN 3.0 mampu dielakkan kerana program berkenaan berlangsung dalam tempoh singkat.
"PLKN 3.0 akan dilaksanakan dalam tempoh 45 hari di dalam kem tentera. Berasaskan kepada soal itu kita percaya soal itu (buli dan provokasi) akan dapat ditangani," kataya.
Sebelum ini Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata Kementerian Pertahanan akan melaksanakan Latihan Percubaan PLKN 3.0, membabitkan 200 pelatih lelaki secara sukarela yang berlangsung selama 14 hari bermula 12 Jan tahun depan.
-- BERNAMA