LABUAN: Dalam tempoh kurang dari lima jam, polis daerah ini menerima dua laporan penemuan mayat lelaki di dua lokasi berasingan, semalam.
Mayat pertama dilaporkan ditemui orang awam pada jam 9.45 pagi di pesisir Pulau Rusukan Besar, di sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Deputi Superintendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, siasatan awal mendapati mayat pertama yang ditemui dipercayai seorang lelaki.
Katanya, mayat berkenaan yang ditemui dalam keadaan berbaju kemeja t dan berseluar pendek sudah mereput sebahagian besar tubuh badannya.
“Setakat ini, identiti mayat masih belum dapat dikenalpasti dan pihak polis juga belum menerima sebarang laporan kes orang hilang dalam tempoh terdekat.
“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat kehilangan mana-mana individu atau ahli keluarga diminta supaya segera melaporkan ke mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Mohd Ibrahim berkata, mayat sudah dihantar ke Hospital Labuan untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Sementara itu, Mohd Ibrahim berkata, pada jam 2.20 petang, pihaknya menerima satu lagi laporan cubaan membunuh diri di kawasan semak Pantai Damai, Kampung Layang-Layangan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan polis mendapati terdapat seorang lelaki dalam keadaan berbaring dipercayai sudah meninggal dunia.
“Polis menemui satu tali yang tergantung pada pokok berhampiran mayat dan pemeriksaan awal terhadap badan mangsa juga mendapati terdapat kesan jerutan di leher mangsa," katanya.
Mohd Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang lelaki warga tempatan, berusia 21 tahun.
“Bagaimanapun, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Labuan untuk tujuan bedah siasat,” katanya.
Mohd Ibrahim berkata, setakat ini, kedua-dua kes penemuan mayat berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Junaidi Ladjana
Thu Apr 01 2021
Kedua-dua kes penemuan mayat berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Astro AWANI
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
AWANI 7:45 [25/11/2024] – Malaysia Negara Dagang | Perdebatan Tak Sudah | Limpahan Kesatuan Sekerja | 172 Jam Tangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
AWANI Tonight: M’sia, S.Korea elevate relations to strategic partnership
Malaysia and South Korea have elevated their bilateral relations to a strategic partnership after a meeting between its two Prime Ministers. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi shares the latest details from Seoul.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
AWANI Tonight: Australia : PM plays down privacy fears of social media ban
Australian PM Anthony Albanese has downplayed privacy concerns over a proposed social media ban for under-16s, which would use strict age verification methods like biometrics or government IDs.
Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak sepanjang Program 2TM
PDRM berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung dari Jumaat hingga semalam.
AWANI Ringkas: Tiada syarat baharu warga emas perbaharui lesen - JPJ
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] Memahami 100 hari kepimpinan Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar: Reformasi perkhidmatan awam
Pada Ogos 2024, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dilantik sebagai KSN, sekali gus memikul amanah besar untuk mengemudi reformasi menyeluruh dalam perkhidmatan awam.
Bau busuk rumah jiran terungkai, mayat lelaki ditemukan
Misteri bau busuk dihidu jiran terungkai dengan penemuan mayat seorang lelaki berusia 53 tahun di sebuah rumah di Taman Selasih, Tanah Merah, malam tadi.
Keseronokan 12 remaja mandi sungai berakhir dengan tragedi
Kegembiraan sekumpulan remaja yang mandi di sungai berhampiran Kampung Sungai Semungkis, di sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas selepas tersepit di celah batu.
Mayat bayi di bawah simen, polis guna saluran diplomatik kesan suspek
Ketika ini usaha mengesan suspek, seorang wanita warga Indonesia yang juga penyewa terakhir rumah berkenaan masih dijalankan.
Mayat lelaki warga asing ditemukan dalam kereta, tiada unsur jenayah - Polis
Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan dalam kes penemuan mayat seorang pemuda warga asing berumur 19 tahun dalam sebuah kereta.
Mayat terakhir banjir kilat di Ternate, Indonesia ditemukan
Mayat itu ditemukan kira-kira 7 malam, menandakan berakhirnya usaha mencari mangsa sejak bencana melanda kampung Rua pada 25 Ogos lepas.
Kapal mewah karam: Mayat Mike Lynch, anak ditemukan
Angka kematian tragedi kapal layar karam di Itali meningkat kepada enam selepas anggota penyelamat menemukan lima lagi mangsa pada Rabu.
Kapal mewah karam: Empat mayat ditemui
Mayat dibawa ke darat menggunakan bot penyelamat sebelum dibawa ke hospital berdekatan untuk proses pengecaman.
Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar
Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, hari ini.
Mayat hampir reput ditemui dalam belukar di Dungun
Mayat tanpa identiti itu dijumpai seorang penduduk ketika sedang mencari kayu di kawasan berkenaan pada kira-kira jam 3.20 petang.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.