TAPAH: Dua tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Khamis lalu sempat menunaikan solat Subuh bersama penduduk Kampung Batu Melintang di sini sebelum ditahan semula polis.
Siak Masjid Al-Rahmaniah, Ahmad Ishak Mat Isa, 54, berkata, kehadiran kedua-dua pendatang asing tanpa izin (PATI) disedari ketika mereka berkaki ayam menuju ke masjid sekitar jam 6 pagi.
"Keadaan mereka dilihat sangat lemah dengan kesan calar dan kemerah-merahan akibat melecet di kaki.
"Tanpa banyak bicara mereka terus mengambil wuduk dan berada di saf depan dan solat berjemaah bersama kami," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Sabtu.
Menurut Ahmad, curiga dengan keadaan mereka yang berpakaian lusuh, penduduk sempat menahan dan menghubungi pihak polis.
"Pada awalnya mereka berdalih memaklumkan mereka orang Bangladesh dan kami bercakap seperti ayam dan itik kerana tidak tahu berbahasa Melayu.
"Tetapi melihat keadaan mereka seperti kehausan dan dahaga, kami beri empat botol air bersama dua bungkusan mi goreng. Kesemuanya sekejap sahaja dihabiskan," katanya.
Sementara itu, pesara guru, Razali Talib, 69, berkata, pada awalnya dua PATI itu memperkenalkan diri sebagai warga Bangladesh yang bekerja di daerah ini.
"Saya tahu mereka berbohong kerana wajah mereka bukan seperti Bangladesh dan tiada pekerja warga sama berada di kampung ini.
"Apabila polis tiba sekitar jam 7.20 pagi dan buat soal siasat, barulah kedua-dua lelaki itu mengaku yang mereka adalah tahanan etnik Rohingya yang lari dari depot tahanan di Bidor," katanya.
Razali yang juga Imam masjid berkenaan berkata, penduduk peka dengan insiden melibatkan pelarian berkenaan sejak Jumaat lalu.
"Selepas sembahyang Jumaat, kita maklumkan kepada penduduk untuk lebih berhati-hati dan menjadi mata dan telinga sekiranya melihat individu yang dalam keadaan mencurigakan.
"Ada sedikit rasa bimbang takut berlaku kejadian curi dan sebagainya. Kami rasa bertanggungjawab apabila dapat menyumbang sedikit membantu pihak polis," katanya.
Sinar Harian melaporkan tahanan warga asing yang melarikan diri dari depot terlibat dikesan mula keluar dari kawasan persembunyian akibat kelaparan.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, ada kalangan mereka memberanikan diri datang ke masjid untuk meminta minuman daripada jemaah.
Setakat jam 12 tengah hari ini, seramai 10 tahanan lolos berjaya diberkas semula dengan satu tangkapan terbaru di Kampung Orang Asli Sementa dan Masjid Batu Melintang yang berada pada kedudukan radius 12 kilometer dari depot tahanan.
Pada Khamis media melaporkan seramai 131 PATI melarikan diri dari blok lelaki depot itu dengan seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia dalam nahas jalan raya.
Daripada jumlah tahanan yang melarikan diri itu, 115 adalah etnik Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 03 2024
![Dua lelaki Rohingya lolos depot tahanan dicekup selepas solat Subuh Dua lelaki Rohingya lolos depot tahanan dicekup selepas solat Subuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51706949526_tbRohingya.jpg)
Dua tahanan etnik Rohingya yang ditahan di Masjid Al-Rahmaniah pada Sabtu selepas dua hari melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor. -Foto ihsan pembaca
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![196 etnik Rohingya ditahan di Pantai Teluk Yu 196 etnik Rohingya ditahan di Pantai Teluk Yu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735900681_TBPATI.jpg)
196 etnik Rohingya ditahan di Pantai Teluk Yu
Polis menahan 196 etnik Rohingya yang telah mendarat di kawasan Pantai Teluk Yu, Langkawi, awal pagi tadi.
![60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar 60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712138790_etnikRohingya.jpg)
60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar
Berikutan konflik yang semakin meruncing antara kerajaan junta dan Tentera Arakan di Myanmar, kira-kira 60,000 pelarian Rohingya dilaporkan memasuki Bangladesh dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.
![Rohingya: Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap ketua junta Myanmar Rohingya: Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap ketua junta Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716213960_ICC.jpg)
Rohingya: Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap ketua junta Myanmar
Permohonan itu berdasarkan pelbagai bukti daripada pelbagai sumber seperti keterangan saksi, bukti dokumentari serta bahan saintifik, fotografi, dan video yang disahkan.
![ASEAN 2025 akan bukti kebijaksanaan diplomasi Malaysia kepada dunia ASEAN 2025 akan bukti kebijaksanaan diplomasi Malaysia kepada dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729161116_ASEANForeignMinist.jpg)
ASEAN 2025 akan bukti kebijaksanaan diplomasi Malaysia kepada dunia
Malaysia harus memanfaatkan peluang menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dengan baik agar dunia dapat melihat kebijakan diplomasi yang diamalkan di negara ini.
![Lelaki Rohingnya hidap tibi lolos Depot Tahanan Imigresen Ajil diburu Lelaki Rohingnya hidap tibi lolos Depot Tahanan Imigresen Ajil diburu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725312849_LelakiRohingnyahid.jpg)
Lelaki Rohingnya hidap tibi lolos Depot Tahanan Imigresen Ajil diburu
Menurut Deputi Superitenden Zainul Mujahidin, suspek melarikan diri dengan memanjat siling bilik pengasingan.
![Lelaki Rohingya didakwa bunuh isteri, dua anak Lelaki Rohingya didakwa bunuh isteri, dua anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724913771_tbRohingyakelaris.jpg)
Lelaki Rohingya didakwa bunuh isteri, dua anak
Seorang lelaki Rohingya dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas pertuduhan membunuh ahli keluarganya dan kesalahan dadah, minggu lalu.
![PBB desak henti keganasan di Myanmar sempena ulang tahun pengusiran Rohingya PBB desak henti keganasan di Myanmar sempena ulang tahun pengusiran Rohingya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724483242_TBStephaneDujarric.jpg)
PBB desak henti keganasan di Myanmar sempena ulang tahun pengusiran Rohingya
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat menyeru agar keganasan di Myanmar dihentikan, lapor Agensi Anadolu (AA).
![Sebabkan kematian rakan: Lelaki Rohingya tukar pengakuan kepada tidak bersalah Sebabkan kematian rakan: Lelaki Rohingya tukar pengakuan kepada tidak bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722937565_courtgavelmahkam.jpg)
Sebabkan kematian rakan: Lelaki Rohingya tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Seorang lelaki Rohingya yang sebelum ini mengaku menyebabkan kematian rakan senegaranya tujuh tahun lepas, hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini.
![Dua beranak melecur disimbah petrol, dibakar di Cheras Dua beranak melecur disimbah petrol, dibakar di Cheras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702201240_ZamHalimJamaluddin.jpg)
Dua beranak melecur disimbah petrol, dibakar di Cheras
Dua beranak melecur selepas dua lelaki warga asing menyimbah petrol dan membakar mereka di padang permainan, Kampung Baru Cheras, di sini, Sabtu lalu.
![Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707170405_Rohingyarefugees.jpg)
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.