SHAH ALAM: Tiga pemandu terselamat selepas terbabit dalam dua kemalangan berasingan di Pulau Indah dan Klang, awal pagi Ahad.
Kejadian pertama di Lebuhraya Pulau Indah, Taman Teluk Gedung Indah, melibatkan seorang pemandu apabila kenderaan yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebatang pokok.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 2.10 pagi.
"Seramai lima anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Fire Post bergegas ke lokasi kejadian.
"Kita mendapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang terbabas melanggar sebatang pokok," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Ahmad Mukhlis berkata, mangsa bertindak menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan sebelum pihak bomba tiba di lokasi.
"Kita berjaya mengawal kebakaran pada jam 2.30 pagi dan api dipadamkan sepenuhnya 10 minit kemudian, kemusnahan dianggarkan 95 peratus," katanya.
Sementara dalam satu lagi kejadian, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dipercayai berlanggar dengan sebuah kereta jenis Audi menyebabkan kenderaan MPV terbalik dan terbakar di Jalan Perdana Indah, Klang.
Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 2.43 pagi.
"Seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari BBP Kota Raja ke lokasi kejadian," katanya.
Beliau berkata, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan sebuah MPV dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun yang dipercayai melanggar bahagian belakang kereta Audi di laluan sama.
"Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.10 pagi, manakala kereta Audi yang tidak terbakar dibawa ke balai polis sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.
"Kedua-dua pemandu itu tidak mengalami kecederaan, anggaran kemusnahan kenderaan yang terbakar dianggarkan 90 peratus," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 27 2023
Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia yang melanggar sebatang pokok di Lebuhraya Pulau Indah, Taman Teluk Gedung Indah, pada Ahad. Gambar kanan: Kenderaan MPV yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Perdana Indah, Klang, pada Ahad.
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Dua lagi anak yang berusia 7 dan 4 tahun, kini dirawat di zon merah dan zon kuning Hospital Melaka.
Polis Sri Lanka lancar pemeriksaan bas selepas beberapa siri kemalangan
Siasatan ke atas beberapa kemalangan bas yang serius mendedahkan pelbagai kecacatan mekanikal dan struktur pada kenderaan.
Dua maut tercampak keluar dari kereta, nahas di pusingan ‘U’ Jalan Lencongan Barat
Seorang mangsa tercampak di bumbung Mercedes Benz, manakala seorang lagi terpelanting keluar dari kenderaan.
Tiga beranak maut dalam kemalangan di Jalan Kota Tinggi-Mersing
Kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu kereta Toyota Vios dan Proton Persona.
MPV dinaiki enam pegawai imigresen terlibat nahas babit lima kenderaan
Kenderaan JIM terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas selesai tugasan di Johor Bahru.
Penunggang motosikal parah, 5 cedera kemalangan babit ambulans KKM
Seorang penunggang motorsikal wanita cedera parah manakala lima lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans dengan empat kenderaan di Jalan Kajang Perdana, di sini pada Isnin.
Pemain West Ham, Antonio stabil selepas kemalangan jalan raya
Dalam satu kenyataan, West Ham berkata, Antonio, 34 tahun, sudah kembali sedar.
Remaja maut kereta hilang kawalan bertembung lori
Mangsa yang berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah
Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Mas, Puchong pada Jumaat.