JOHOR BAHRU: Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa hari ini mempersembahkan cadangan pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2) kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira sejam itu, Dr Zaliha turut mempersembahkan perancangan kerja-kerja naik taraf beberapa kemudahan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Menurut satu hantaran di Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim amat menitikberatkan kualiti perkhidmatan perubatan dan kemudahan hospital kerajaan di negeri ini.
Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ahli Parlimen Sekijang itu di Istana Polo, Pasir Pelangi, di sini.
Berangkat sama dalam pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan segera RM500 juta bagi projek pembangunan fasa pertama infrastruktur di HSA merangkumi pembinaan parkir bertingkat dan blok baharu di hospital itu.
Dua hari lepas, Dr Zaliha meninjau tapak cadangan pembinaan HSA2 melibatkan kawasan seluas 70 ekar yang dicadangkan Kementerian Pertahanan di Taman Nesa, Skudai.
Cadangan pembinaan HSA2 ini adalah bagi mengatasi kesesakan di dua hospital di bandar raya ini iaitu HSA dan Hospital Sultan Ismail (HSI).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa hari ini mempersembahkan cadangan pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2) kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

COVID-19: Situasi terkawal, tidak bebankan fasiliti kesihatan - Dr Zaliha
Keadaan semasa COVID-19 di Malaysia secara keseluruhannya masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada meskipun terdapat peningkatan kes, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Belanjawan 2024: KKM teruskan usaha reformasi sistem kesihatan negara
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan hari ini berkata semua input yang diterima pada sesi Dialog Belanjawan 2024 KKM semalam akan dipertimbangkan dalam penyediaan Belanjawan 2024.

Dr Zaliha persembah cadangan pembinaan HSA2 kepada Sultan Johor
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa hari ini mempersembahkan cadangan pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2) kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Pemberian vaksin Tdap untuk semua ibu hamil di Malaysia tahun depan
Semua ibu hamil di Malaysia termasuk bukan warganegara akan diberikan vaksin kombinasi tetanus-difteria-pertussis (Tdap) secara percuma, bermula tahun depan (2024).

Penagih dadah perlu rawatan dan pemulihan, bukan pemenjaraan - Dr Zaliha
Penagihan dadah adalah sejenis 'penyakit kronik' yang perlu ditangani melalui rawatan dan pemulihan bukannya menerusi kaedah tahanan atau pemenjaraan, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

X-Break digalakkan pada program melebihi dua jam
KKM kini dalam usaha mempromosikan kepentingan X-Break kepada komuniti seperti di tempat kerja dan institusi pendidikan bagi membudayakan gaya hidup sihat dalam masyarakat.

Dr Zaliha terima kunjungan hormat Duta Besar Sweden
Dr Zaliha dalam perkongsian di Facebook berkata perbualan mereka berkisar mengenai bidang pengurusan maklumat kesihatan dan kesihatan digital.

PRN: Tangguh seketika kempen jika ada gejala COVID-19 - Dr Zaliha
Calon dan jentera parti dinasihatkan menangguhkan seketika kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) jika dikesan mengalami gejala COVID-19 bagi mengekang penularan jangkitannya dalam komuniti.

KKM naik taraf 138 klinik zon utara dan kelantan babit peruntukan lebih 34 juta
Sebanyak 138 klinik kesihatan dan desa terlibat dalam kerja-kerja baik pulih dan naik taraf dengan peruntukan keseluruhan lebih RM34 juta bagi tahun ini.

Lokasi HSA 2 diketahui dua tiga bulan lagi
Hasil perbincangan KKM dengan MINDEF berhubung cadangan lokasi pembinaan HSA 2 dijangka diketahui dalam dua atau tiga bulan lagi.