KUALA LUMPUR: Penagihan dadah adalah sejenis 'penyakit kronik' yang perlu ditangani melalui rawatan dan pemulihan bukannya menerusi kaedah tahanan atau pemenjaraan, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata penjara bukan tempat untuk memberikan rawatan kepada penagih dadah dan ini boleh merencatkan tahap kefungsian mereka sebagai masyarakat yang produktif.
"Penjara bukanlah jalan akhir untuk 'mendidik' individu yang terjerumus dengan salah laku dadah," katanya berucap merasmikan Simposium Psikiatri Penagihan dan Forensik Malaysia Pertama 2023 di sini hari ini.
Beliau berkata apa yang perlu ialah memberi penekanan berbeza dari sudut kesihatan awam untuk rawatan dan pemulihan penagih dadah.
Katanya perlu diakui terdapat banyak jurang serta cabaran yang harus ditangani antara penguatkuasaan perundangan dan rawatan perubatan untuk mereka yang menggunakan dadah dan cara terbaik hendaklah difikirkan dalam penyelesaian perkara itu.
Dr Zaliha berkata selain cabaran dari sudut perundangan, terdapat juga cabaran di pusat pemulihan antaranya melibatkan penagih yang bergelut dengan gejala seperti sindrom tarikan atau kerencatan fizikal dan mental disebabkan dadah.
"Ini menyebabkan kesukaran bagi membentuk pelan rawatan yang berkesan...ia juga menghalang rawatan dan pemulihan yang sesuai untuk dimulakan dan pada masa sama melewatkan proses perundangan.
"Hasilnya prognosis penyakit akan bertambah buruk dan sistem pengadilan dan perundangan pula akan bertambah sesak," katanya.
Beliau berkata dari sudut perundangan pula sistem perundangan dan rawatan yang bersandarkan pendekatan berasaskan komuniti boleh menjadi pemangkin perubahan yang dikehendaki.
Dalam masa sama, katanya pengamal perubatan dan kesihatan mental juga perlu menitik beratkan pengetahuan dan kemahiran klinikal serta keprihatinan terhadap amalan perundangan untuk memastikan ketepatan penilaian perubatan yang akan membantu proses pengundangan.
Sementara itu, Simposium Psikiatri Penagihan dan Forensik Malaysia berkenaan merupakan hasil kerjasama Badan Kebajikan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Kuala Lumpur yang merangkumi perbincangan bersama pakar dari dalam dan luar negara untuk meningkatkan kefahaman mengenai Ketagihan dan Forensik Psikiatri.
Simposium itu diadakan selama dua hari bermula hari ini dengan membawa tema "Navigating Roadblocks Recapturing Life".
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa ketika berucap pada Majlis Perasmian '1st Malaysian Addiction and Forensic Psychiatry Symposium' di Bukit Damansara hari ini. - Foto BERNAMA
Elak guna soket kelengkapan elektrik berlebihan
Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi.
Rampasan lebih 200kg dadah, terbesar di Terengganu
Polis Terengganu melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu dengan merampas lebih 200 kilogram syabu bernilai RM7.8 juta.
Kertas siasatan dibuka kematian kucing di Universiti Malaya
Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian seekor kucing betina dikenali Lily, yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Pejabat KDPB Sultan Pahang dinamakan sebagai Majlis Kesultanan Pahang
Dengan penukaran nama itu, satu lagi sejarah terlakar bagi institusi berkenaan yang berperanan memikul tanggungjawab dalam semua urusan membabitkan Sultan Pahang.
AWANI Borneo [24/12/2024] – Kes Bunuh ‘Amoi’ | ‘Hotspot’ Banjir | Sambutan Sederhana
Tumpuan AWANI Borneo 24 Dis 2024 bersama Pia Ernadya
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
Sambutan di Sibu sederhana, penduduk raikan bersama keluarga
Penduduk di Sibu sambut Krismas di bandar dan pulang kampung halaman ketika Gawai.
Selami nilai kasih sayang, kukuhkan semangat persaudaraan
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengajak rakyat Sarawak menyelami nilai kasih sayang bersama keluarga dan sahabat handai, memohon kemaafan serta mengukuhkan semangat persaudaraan yang tulus antara satu sama lain sempena sambutan Krismas.
Pengusaha bot penambang ambil langkah berjaga-jaga
Pengusaha atau pengendali bot penambang di daerah Sandakan sentiasa memastikan keselamatan penumpang terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini.
Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
Seorang pemandu e-hailing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita, Nurul Asikin Lan, yang mayatnya ditemui di dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan pada 14 Disember lepas.
Pantau Agenda Reformasi: Bina Semula Acheh Dengan Ilmu & Tenaga Manusia
Bagaimana mangsa Tsunami 2004 bangkit membina semula kehidupan mereka setelah 20 tahun tragedi yang meragut lebih 200,000 mangsa angsa di Indonesia, Thailand, India, Maldives dan Sri Lanka? Ikuti perkongsian bersama Editor Kanan, Nazri Kahar.
169,691 penagih dadah dikesan di seluruh negara - AADK
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh berkata berdasarkan statistik itu, 162,360 penagih adalah lelaki manakala wanita pula 7,331 orang.
Dadah bernilai RM5.88 juta dirampas, penjaga stor dan 'runner' ditahan
Dengan hanya bekerja sebagai penjaga stor dan menjadi runner, tiga lelaki ini mampu meraih gaji bulanan antara RM3,000 dan RM3,000.
Lelaki menyamar anggota PGA dicekup, positif dadah
Batalion 9 PGA Briged Tenggara berjaya mencekup seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota pasukan itu di sini pada Rabu.
16 mayat ditemukan selepas suhu melonjak di Karachi
Mangsa meninggal dunia akibat penyahhidratan yang disebabkan oleh suhu tinggi pada Rabu dan Khamis.
Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan iktiraf kompetensi, tugas pegawai
Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan bagi mengawal selia profesion itu antara yang dicadang dalam Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 angkat kedudukan pegawai AADK - Saifuddin
Melalui pindaan itu, mereka yang datang secara sukarela ke pusat pemulihan untuk rawatan akan dirujuk terus kepada pegawai pemulihan AADK.
Ibu hidup derita, jadi 'hamba' anak penagih dadah
Pada saat warga emas lain berehat menghabiskan sisa usia, seorang wanita warga emas berdepan mimpi ngeri apabila diperlakukan seperti hamba abdi oleh anaknya sendiri.
Gigit lengan polis, penganggur didenda RM2,000
Seorang penganggur didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah menghalang tugas penjawat awam dengan menggigit lengan seorang anggota polis, Sabtu lalu.
Anggota polis terima tujuh jahitan bergelut ketika Op Tapis
Mangsa berumur 28 tahun dan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.
AADK sasar 16 kawasan berisiko tinggi ditukar status kepada berisiko rendah tahun ini
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan 16 kawasan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi (KBT) penagih dadah untuk ditukar statusnya menjadi kawasan berisiko rendah (KBR) tahun ini.