PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan sesi X-Break atau aktiviti regangan ringkas dilaksanakan apabila kementerian dan agensi menganjurkan persidangan, seminar, latihan atau sebarang bentuk aktiviti melebihi tempoh dua jam.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata KKM kini dalam usaha mempromosikan kepentingan X-Break kepada komuniti seperti di tempat kerja dan institusi pendidikan bagi membudayakan gaya hidup sihat dalam masyarakat.
"Justeru saya mohon semua pihak pengurusan tertinggi, ketua jabatan dan ketua sektor untuk memastikan perkara ini diambil tindakan sewajarnya," katanya ketika berucap pada Majlis Pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi Penyertaan Terbesar Acara X-Break Secara Virtual, di sini, hari ini.
Katanya, semua pogram berstruktur kementerian yang melebihi tempoh masa melebihi dua jam kecuali mesyuarat dan perbincangan digalak melaksanakan inisiatif ini.
Pelaksanaan X-Break juga adalah selaras dengan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borhan Dolah (kini Tan Sri) bertarikh 17 April 2019 yang menyatakan semua pejabat kerajaan dan swasta digalakkan mengadakan X-Break selama 15 minit setiap hari pada hari bekerja bagi memastikan penjawat awam dan sektor swasta kekal aktif semasa waktu bekerja.
Dr Zaliha berkata X-Break juga merupakan salah satu inisiatif bagi mengelak budaya sedentari dalam kalangan rakyat selain dapat meningkatkan imuniti badan.
Beliau memetik kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2018 yang mendapati jika seseorang duduk terlalu lama pada satu-satu masa, ia berpotensi meningkatkan risiko sakit jantung, kematian pramatang dan diabetes.
Pengiktirafan MBOR tersebut diterima KKM menerusi penganjuran X-Break Mega bersama warga institusi pendidikan secara virtual pada 6 Julai lepas yang diadakan bersempena Sambutan Minggu Sihat Program Promosi Kesihatan di Institusi Pendidikan (Hepili) 2023 Peringkat Kebangsaan dari 1 Julai hingga 7 Julai lalu.
X-Break Mega disertai lebih sejuta peserta secara virtual merangkumi murid prasekolah, pelajar sekolah rendah dan menengah serta warga institusi pendidikan seluruh negara.
Sijil pengiktirafan diserahkan oleh Perunding Kanan MBOR, Edwin Yeoh Tiong Chin kepada Dr Zaliha pada majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa semasa hadir pada Majlis Pengiktirafan Malaysia Book of Records Penyertaan Terbesar Dalam Acara X-Break Secara Virtual di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto BERNAMA
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
X-Break digalakkan pada program melebihi dua jam
KKM kini dalam usaha mempromosikan kepentingan X-Break kepada komuniti seperti di tempat kerja dan institusi pendidikan bagi membudayakan gaya hidup sihat dalam masyarakat.