KUALA LUMPUR: Kerajaan harus memberi perhatian terhadap mendigitalkan sistem pendidikan negara dan bersedia untuk memberikan peruntukan besar dalam Belanjawan 2024 kepada sektor pendidikan.
Begitupun, Setiausaha Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara, Dr Anuar Ahmad berkata, bukan tugas mudah untuk mendigitalkan semuanya.
Namun, tegasnya, ia perlu dilakukan dengan baik bagi merapatkan jurang pendidikan antara pelajar bandar dan luar bandar.
Beliau turut memberi peringatan, jika pendigitalan gagal diuruskan sebaik mungkin, jurang pendidikan dan pencapaian pelajar bandar dan luar bandar akan semakin melebar.
“Hari ini gaya pembelajaran itu telah didigitalkan. Kita seperti sekarang, cuba kurangkan kertas, mengurangkan bahan-bahan yang akan menyebabkan lebih banyak kitar semula.
“Kita tak mahu lagi sebegitu. Kita mahu sistem pendidikan benar-benar digital. Pelajar tidak lagi membawa buku yang berat dalam bilik darjah. Mereka hanya menggunakan peranti digital.
“Kita juga mahu guru mengajar dengan teknik disepadukan dengan pendigitalan. Semua perkara ini memerlukan peruntukan besar.
“Ini kerana, infra kepada digital, yang pentingnya ialah akses kepada internet laju. Dan ini perlu dilakukan dengan kadar segera,” katanya.
Anuar berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau juga berharap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) diberi tumpuan khusus dalam Belanjawan 2024.
Menurutnya, TVET perlu diangkat sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan negara, bukan lagi menjadi pilihan kedua.
Tambah Anuar, anak-anak yang pintar perlu melihat TVET sebagai pilihan utama, tidak hanya tertumpu untuk masuk ke sekolah berasrama penuh.
Tegasnya, TVET sekarang bukan seperti dua dekad lepas kerana yang terkini, lebih banyak berkaitan teknologi semasa.
“Kita misalnya, kekurangan pakar dalam bidang pertanian. Kita kekurangan pakar dalam teknologi perikanan, penternakan dan sebagainya.
“Mengapa negara lain, penternakan itu dilakukan dalam sebuah bangunan besar, tidak memerlukan tanah yang begitu besar untuk menjalankan pertanian?
“Kerana mereka mempunyai teknologi pertanian yang dilaksanakan oleh sumber tenaga manusia dalam aliran seperti TVET.
“Jadi, pada saya, TVET akan menjadi satu agenda besar untuk sistem pendidikan negara,” katanya.
Anuar berkata, negara seperti Korea Selatan dan Jerman melihat TVET mampu memajukan negara dan tidak hanya berharap kepada sumber manusia yang lahir daripada pendidikan berorientasikan akademik.
Ridauddin Daud
Wed Sep 27 2023
Anwar berkata, jika pendigitalan gagal diuruskan sebaik mungkin, jurang pendidikan dan pencapaian pelajar bandar dan luar bandar akan semakin melebar. - Gambar fail
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Indonesia lancar Pelan Pencegahan dan Kawalan Kanser
Indonesia secara rasmi melancarkan "Pelan Pencegahan dan Kawalan Kanser Kebangsaan 2024-2034" semasa pembukaan Persidangan Kanser Antarabangsa Indonesia (IICC) 2024 di Bali pada Khamis, lapor ANTARA.
Malaysia utamakan permintaan Bangladesh bagi peluang pekerjaan
Malaysia akan memberi pertimbangan utama kepada permohonan pekerja Bangladesh yang kehilangan peluang akibat perkembangan politik di negara mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar seru Malaysia, Pakistan perkasa usaha perangi ekstremisme, keganasan
Malaysia dan Pakistan perlu memperkasakan usaha untuk menentang ekstremisme radikal dan keganasan.
Akta 852: Langkah penting bentuk tingkah laku, pemikiran masyarakat
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang mula berkuat kuasa Selasa langkah dinantikan dan penting untuk negara.
Akta 852 berkaitan kawalan produk merokok berkuat kuasa esok
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang diwartakan pada 2 Feb lepas akan berkuat kuasa serentak bersama Peraturan-Peraturan dan Perintah di bawahnya, bermula esok.
Kes kemalangan pelajar meningkat di Perak
Sebanyak 622 kemalangan jalan raya melibatkan pelajar sekolah direkodkan sehingga Ogos lepas, meningkat 20 kes berbanding yang dicatat bagi tempoh sama tahun sebelumnya di negeri ini.
Akta 852 dapat selamatkan nyawa manusia dan alam sekitar - CAP
Pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bermula 1 Okt ini tidak hanya menyelamatkan nyawa manusia tetapi juga alam sekitar.
Kempen “Sending Love & Care: The Joy of Seeing” Rohto Eye Care bantu 7,500 pelajar
Kempen bermatlamat mendidik serta memperkasa anak-anak dengan pengetahuan penting mengenai kesihatan dan penjagaan mata.
Dr Kathryn Anne Rivai perkasa pendidikan untuk kanak-kanak terpinggir di Sabah
Berhijrah lebih empat dekad lalu, Kathryn memberi banyak impak ke atas landskap pendidikan di Sabah menerusi kemahiran dan kepimpinannya.
GISB: HELWA ABIM sokong langkah KPM pastikan kanak-kanak tidak keciciran
Ia bertepatan dengan hak kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah untuk mendapatkan pendidikan, perlindungan, keselamatan dan kesejahteraan hidup.