KUALA PERLIS: Upah yang rendah namun dianggap 'lumayan' mendorong segelintir nelayan tempatan menjadi penyeludup dadah yang dibawa masuk dari Thailand ke negara ini melalui perairan Perlis.
Difahamkan, mereka memainkan peranan meninjau pergerakan pihak berkuasa sebelum membawa ahli sindiket mengambil dan menyeludup masuk dadah menggunakan bot apabila mendapati keadaan sesuai.
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, berkata untuk tugasan yang membolehkan mereka berhadapan hukuman gantung sampai mati jika ditangkap itu, nelayan terbabit hanya menerima bayaran antara RM2,000 hingga RM3,000 bagi setiap perjalanan.
Beliau berkata kegiatan itu dibongkar melalui serbuan di sebuah jeti haram di Kuala Perlis, Khamis lalu, yang membawa kepada penemuan 190.9 kilogram (kg) ganja bernilai RM477,250 di dalam sebuah bot.
Katanya, pasukan Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Perlis turut berjaya menahan enam individu termasuk seorang wanita selain ketua sindiket yang semuanya berusia antara 20 hingga 40 tahun.
"Terdahulu, pemeriksaan di jeti berkenaan tidak menemui sesiapa berhampiran bot. Pemeriksaan lanjut kemudian menemui 190.9 kg ganja yang disembunyi di bahagian dalam bot fiber berkenaan.
"Siasatan dan risikan kemudian membawa polis ke sebuah rumah di Kuala Perlis dan Simpang Empat di sini, pada lewat petang dan malam Sabtu lalu yang mana tiga individu termasuk seorang wanita dan ketua sindiket ditahan.
"Susulan itu, polis membuat tangkapan tiga lagi suspek lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket itu di Langkawi dan Kuala Perlis pada Ahad," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, pada Selasa.
Mengulas mengenai modus operandi menggunakan nelayan, Surina berkata, polis percaya nelayan terbabit diarahkan membawa ahli sindiket ke perairan Thailand untuk mengambil dadah.
Katanya, dadah itu kemudian dibawa ke pelantar ikan di Kuala Perlis sebelum dipindahkan ke kenderaan lain dan seterusnya dibawa ke tempat lain termasuk Pulau Pinang.
Surina berkata, bekalan ganja berkenaan dipercayai untuk pasaran Pulau Pinang dan berdasarkan siasatan awal, ahli sindiket itu mengaku sudah dua atau tiga kali berulang-alik ke Thailand mengambil bekalan dadah.
Katanya, ujian saringan awal air kencing mendapati semua suspek termasuk wanita positif dadah jenis Methamphetamine dengan lima daripada mereka mempunyai rekod lampau.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.
Adie Sufian Zulkefli
Tue May 18 2021

Surina berkata kegiatan itu dibongkar melalui serbuan di sebuah jeti haram di Kuala Perlis, Khamis lalu. - Gambar/ Astro AWANI
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.

Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.

Polis Sepanyol rampas 13 tan kokain, rekod terbesar negara
Polis Sepanyol merampas 13 tan kokain dalam serbuan di Pelabuhan Algeciras, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Polis tahan lelaki edar vape mengandungi dadah
Polis menumpaskan kegiatan memproses air ketum serta mengedar cecair vape mengandungi dadah di sebuah rumah di Sandakan.

Polis rampas 50kg syabu, 6kg ekstasi RM2.6 juta
Polis berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan dadah bernilai RM2.6 juta selepas menahan seorang lelaki yang bertindak sebagai transporter di Sabak Bernam, pada Khamis lepas.

Dua lelaki diberkas ketika urus niaga 54kg ganja tepi jalan
Seorang pemandu peribadi dan pekerja kedai makan diberkas kerana disyaki mengedar 51 ketulan mampat ganja bernilai RM168,020.

Polis tumpas sindiket berselindung di sebalik syarikat keselamatan, rampas dadah RM7.5 juta
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah yang dipercayai berselindung di sebalik syarikat pengawal keselamatan.

Dua individu ditahan disyaki terlibat sindiket dadah
Polis menahan dua lelaki di Kampung KL Tin, Kalumpang, Kuala Kubu Bharu semalam kerana disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah sejak Disember tahun lepas.

'Saya tidak mampu upah peguam' - Geng Upik
Salah seorang tertuduh 'Geng Upik' yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Isnin memberitahu mahkamah dia tidak mempunyai kemampuan untuk mengupah peguam.

Ketua sindiket dadah terbesar di Sabah bergelar Datuk akan didakwa
Sebelas anggota sindiket dadah terbesar di Sabah, termasuk ketuanya yang dikatakan seorang bergelar Datuk dijangka dihadapkan ke mahkamah di Kota Kinabalu.