PUTRAJAYA: Dakwaan bahawa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi gagal berikutan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR), yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini disifatkan satu kenyataan dangkal, kata Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa.
Mengulas gesaan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng baru-baru ini agar jawatankuasa itu dibubarkan, Annuar berkata, hal berkaitan polisi monetari negara bukan diputuskan oleh pasukan khas atau Kabinet, sebaliknya oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) dibawah Bank Negara Malaysia (BNM).
"Pendekatan ini akan diteruskan sejauh mana kita berkesan itu, kita akan melihat berdasarkan kepada hasil.
"Tapi adalah tidak wajar sepertimana ada Ahli Parlimen (Lim Guan Eng) salah seorang membuat telahan kerana OPR dinaikkan 0.25 mata, maka jawatankuasa ini gagal.
"Perkara tidak semudah itu, itu terlalu dangkal punya cara penilaian terhadap pengurusan ekonomi negara," jelasnya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasukan berkenaan, di sini, pada Isnin.
Tambah Annuar, jawatankuasa itu diwujudkan bukan secara ad-hoc sebaliknya, menerusi kertas Jemaah Menteri yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU).
"Kita ingin menegaskan mahupun ada polemik mempertikaikan kewajaran kewujudan jawatankuasa ini dan sebagainya.
"Saya ingin menegaskan lagi jawatankuasa ini bukan diwujudkan secara ad-hoc, ini merupakan jawatankuasa yang diwujudkan kertas Jemaah Menteri disediakan pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU).
"Ia dibentangkan oleh Menteri yang menjaga hal ehwal ekonomi dan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan bersetuju beberapa menteri mengembelingkan tenaga," katanya lagi.
Tegas Annuar lagi, tanggungjawab jawatankuasa itu bersifat mikro mengenai setiap permasalahan rakyat termasuk kenaikan harga barangan dan inflasi global.
Jumaat lalu, Guan Eng yang juga Pengerusi DAP antara lain mengesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan pasukan khas terbabit.
Beliau menyifatkan pasukan khas itu tidak berkesan, cekap dan relevan dalam membendung kenaikan harga barang.
Jelasnya lagi, kenaikan OPR disebabkan tekanan inflasi seperti dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan dakwaan Annuar bahawa inflasi dalam keadaan terkawal.
Fareez Azman
Mon Sep 12 2022

Tan Sri Annuar Musa berkata, hal berkaitan polisi monetari negara bukan diputuskan oleh pasukan khas atau Kabinet, sebaliknya oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) dibawah Bank Negara Malaysia (BNM). - Gambar BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.

PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.

Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."

Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.